Posted by: sulastrihardy on: June 12, 2009
“Wahai kaumku, demi Allah. Sesungguhnya keadaan kita sekarang, seolah-olah kita bencikan apa yang kita mahukan selama ini iaitu mati syahid. Kita menentang mereka bukan dengan mengandaikan berapa jumlah mereka dan apa kekuatan kita. Sebaliknya kita berjuang kerana Islam yang kita dimuliakan Allah dengannya. Maka ayuhlah kita bergerak, di hadapan kita terbentang dua jalan. Sama ada mati syahid atau mencapai kemenangan.”
Abdullah bin Rawahah r.a.
Seringkali kata-kata seorang manusia menjadi pembakar semangat kepada manusia lainnya. Seringkali juga kata-kata itu menjatuhkan dan meruntuhkan semangat yang telah teguh binaannya. Justeru, tidak hairanlah muncul pula kata-kata seperti “Lidah lebih tajam dari mata pedang!”
Namun, di sebalik pelbagai kata-kata yang kita temui dalam hidup ini, tidak adalah yang lebih baik kata-katanya selain Qalam Allah dan Qalam Rasul s.a.w.
Sepanjang mengenali Ustaz Dzul, saya cuma berpeluang mendengar ceramah beliau tidak sampai dari sepuluh kali. Walaupun begitu, setiap kali mendapat khabar tentang ceramah yang bakal beliau hadiri, seboleh-bolehnya saya cuba untuk turut serta menjadi pendengar dan penuntut ilmu dalam ceramah yang beliau sampaikan. Orangnya bertubuh kecil, tapi apabila berbicara, mampu membuatkan jiwa-jiwa manusia yang mendengarnya ter‘bakar’!

Alhamdulillah, hari ini sebahagian dari karya sulung beliau telah sempat saya habiskan. Buku 50 Kata-kata Tokoh Berpengaruh tulisan Presiden Gamis ini memaparkan kata-kata pelbagai tokoh yang diselak dari helaian sejarah umat Islam dan dikupas oleh beliau dengan olahan ringan dan segar. Tatkala pemuda-pemudi (Muslim) di Malaysia mencari-cari susuk tubuh untuk dijadikan contoh terbaik dari pelbagai aspek, marilah kita kenalkan mereka dengan manusia-manusia mulia yang bukan sahaja dipandang mulia di kalangan penduduk bumi tetapi juga makhluk di langit!
Mudah-mudahan dengan pengenalan kepada tokoh-tokoh berpengaruh tersebut melalui buku ini menjadi pembuka kepada ruang yang lebih besar dalam menonjolkan manusia-manusia hebat di dalam sejarah umat.
Tahniah buat Ustaz Dzul Khairi Mohd Noor
*untuk pembelian boleh berhubung terus di:
Ustaz Syaari (Gamis): 013- 6280186
Ustazah Fadzilah (UIA): 013-3742991
Salam Su,
Masih menghabiskan karya UZAR ttg formula solat (momentum yg sangat slow)
Boleh bg tips bg laju sikit?
salam Su…
Oohhh..adapun maksud akak ialah – kalau boleh, akak nak minta Su kongsikan apa2 tips bagi membolehkan akak membaca buku2 dgn cepat, laju dan konsisten. Cth, buku formula solat UZAR yg akak beli masa book fair itu masih juga belum berjaya dihabiskan pembacaannya.
Sorry sbb comment x clear
June 14, 2009 at 3:08 am
salam kak bukan fadhillah la… fadzilah…
June 14, 2009 at 8:06 am
Ustazah,
terima kasih atas kunjungan. Pembetulan sudah dibuat.