Cinta Kedamaian

7 Hari Yang Berlalu, Sudahkah Kita Hadapi Sebaiknya?

Posted by: izzahzulaikha on: August 29, 2009

 

Para pembaca yang dikasihi,

Saya menjenguk blog sahabat-sahabat saya hari ini, pagi ini. Mahu melihat dan mengetahui khabar mereka melalui penulisan mereka di blog.  Rata-rata menyiarkan tentang Ramadhan.

Saya singgah ke sebuah blog yang sering mengikat hati saya agar sering mengunjunginya. Butiran tulisannya adalah nasihat. Agar kita menjadi HAMBA.

Di sini, saya ingin berkongsi sebuah artikel yang baik dari blog beliau.

Moga hati kita tergetar membacanya! Allahu Akbar!

 

solat

 

Edisi Ramadhan: Apa yang telah kamu buat?

Ramadhan, apakah yang telah kami lakukan kepada kamu?

Tadi saya menghadiri Solat Jumaat di Masjid Universiti. Dr Hawari dari Kuliah Usuluddin, seorang yang pakar dalam ilmu hadith bertugas memberikan khutbah hari ini.

“7 hari telah berlalu, seminggu telah berjalan. Wahai hamb Allah, apakah yang telah kamu buat dalam Ramadhan ini?”

Ternyata, khutbah minggu ini, khutbah pertama dalam Ramadhan, adalah khutbah mengajak semua untuk bermuhasabah. Dr Hawari dengan penuh perasaan melontarkan beberapa persoalan dan memberikan nasihat.

Hari ini, saya fikir, saya sekadar berkongsi dengan kalian, apa yang saya dengar daripadanya.

Sesungguhnya, hati saya tersentuh. Moga hati kalian juga begitu rasanya.

Seterusnya…

 

Leave a Reply

 

August 2009
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31