Cinta Kedamaian

Bangkitlah Dari Tidur Yang Lena

Posted by: izzahzulaikha on: August 9, 2009

 peta

 

Sabda Nabi S.A.W:

Perbandingan kaum Mukmin pada berkasih sayang, beremosi dan berbelas ihsan sesama mereka, adalah seperti satu batang tubuh. Apabila mangadu (sakit) mana-mana bahagian tubuh itu, nescaya akan terkesanlah ia kepada seluruh tubuh dengan berjaga malam tiada upaya tidur lagi demam.”

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

 

Pembaca yang mulia,

Saya tersentuh saat membaca petikan sebuah syair yang ditulis dalam sebuah buku,

 

“Bukan al-Qur’an untuk Islam

Bukan dunia untuk Islam

Tapi al-Qur’an dan Islam untuk dunia

Islam merindukan perdamaian dan kebahagiaan sejati

Bersama dengan yang lain.”

 

Menyoroti Sejarah Umat Ini Dengan Kemuliaan Yang Diajarkan Islam

Khalifah Islam terbilang, Umar al-Faruq yang memerintah dua per tiga dunia ketika zaman pemerintahannya sebagai khalifah kedua setelah Abu Bakr as-Shiddiq merealisasikan kata-katanya,”

“Kalau rakyatku kelaparan, aku ingin menjadi orang yang pertama yang merasakannya. Kalau rakyatku kekenyangan, aku ingin menjdi orang terakhir menikmatinya.”

Manakala tatkala berlakunya ketidakadilan terutama dalam sistem pentadbiran dan sistem kewangan pada dekad-dekad akhir pemerintahan Kerajaan Umayyah, seorang pemimpin bernama Umar Abdul Aziz, pemimpin yang sangat taat kepada ajaran agama ini tegas menyatakan,

“Allah menghantar RasulNya sebagai petunjuk bukan sebagai pemungut cukai!”.

Dan beliau mengubah polisi yang menzalimi rakyat ketika itu dengan kembali menegakkan kebenaran dan keadilan bersandar pada al-Quran dan Sunnah.

Saat seorang pahlawan Islam berstatus sultan iaitu Sultan Salahuddin al-Ayyubi membuka kota Jerussalem pada 1187, beliau diceritakan oleh Karen Amstrong dalam bukunya Holy War:

Tak ada satu orang Kristian pun yang dibunuh dan tidak ada perampasan. Salahuddin bahkan menangis tersedu-sedu kerana mengenangkan keluarga-keluarga yang hancur dan binasa akibat perang. Saudara lelakinya, Al-Malik Al-Adil bin Ayyub, juga sedih melihat penderitaan para tawanan sehingga dia meminta Salahuddin untuk membawa seribu orang di antara mereka dan membebaskannya saat itu juga. Beberapa pemimpin Muslim sempat tersinggung karena orang-orang Kristian yang kaya melarikan diri dengan membawa harta benda, yang sebenarnya mampu digunakan untuk menebus semua tawanan. Salahuddin meminta agar semua orang Nasrani Latin (Katholik) meninggalkan Baitul Maqdis. Sementara kalangan Nasrani Ortodoks yang bukan sebahagian dari Tentera Salib tetap dibiarkan tinggal dan beribadah di kawasan itu.”

 

Read the rest of this entry »

Mengasah Gergaji Melalui Petua Penulisan HAMKA

Posted by: izzahzulaikha on: July 29, 2009

 

writing-with-pen

 

“Saya tiada idea untuk menulis…”

 “Bosan…”

 “Penulisan saya tak perfect…”

Pembaca yang dihormati,

Ungkapan-ungkapan di atas merupakan alasan-alasan yang kita dengar berkaitan masalah penulis dalam penulisan. Saya juga pernah mengalami situasi seperti di atas.

Apa kata hari ini kita lihat petua yang dikeluarkan oleh Prof. Dr. Hamka yang banyak menulis penulisan yang bermanfaat seperti Di Bawah Lindungan Kaabah,  juga tafsir al-Quran iaitu tafsir al-Azhar.

Petua ini saya ambil dari Buku Tip Menjadi Penulis Bestseller tulisan Zamri Mohamad.

  1. Jelas dengan tujuan menulis dan tetapkan pendirian bagi mencapainya.
  2. Apabila bercita-cita menjadi penulis, jangan tunggu dan berlengah. Mulakan menulis.
  3. Tanda-tanda penulis berputus asa adalah sikap mengelak daripada kegagalan dan kekecewaan. Tidak sanggup menangguhkan kepuasan hari ini bagi kemudahan hari esok. Sikap mengelak memberi tanda menjadi penulis bukan jalan hidupnya.
  4. Read the rest of this entry »

Jangan Engkau Tinggalkan Aku

Posted by: izzahzulaikha on: July 26, 2009

 teguh iman

 

Ilahi,

Jangan Engkau tinggalkan aku

Pada ketakutan dan kemiskinan

Pada mewahnya limpahan rezekiMu yang bertaburan

Pada resah jiwa yang membebankan

Namun, peliharalah aku agar selalu dalam rasa

Ketenangan, rahmat dan kasihMu Tuhan

 

Ilahi,

Jangan Engkau tinggal aku

Pada manusia yang cintanya berlebihan

Pada dunia dan seisinya yang penuh keni’matan

Pada harta dan warisan

Yang membuat jiwa-jiwa insan bermegah-megahan

Hingga lupa padaMu untuk hidup berTuhan

 

Justeru Ilahi,

Dalam menggapai  keredhaan

Ku mohon agar Kau letakkan

Dunia  dalam genggaman

Bukan di hati ku yang sekadar seorang insan!

 

“ Ya Hayyu, Ya Qoyyum,

Hanya kepada rahmatMu aku memohon keselamatan. Perbaikilah seluruh urusanku, janganlah  Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walau sekejap matapun.”  Ameen.

 

Mahallah Asma’

25 Julai 09 bersamaan 3 Sya’ban 1430H

Wahai Dunia! Islam Bukan Agama Pengganas

Posted by: izzahzulaikha on: July 22, 2009

 

muslim

 

Wahai Dunia! Islam Bukan Agama Pengganas

Disiarkan pada Aug 12, 2007 di drmaza.com

Sejak dahulu Islam menyebarkan keadilan dan kesaksamaan di kalangan manusia. Lihat sahaja, begitu ramai golongan minoriti bukan Islam dapat hidup di tengah- tengah masyarakat Islam di serata dunia. Lihat di negara kita, Mesir, Jordan, Indonesia dan negara-negara lain. Walaupun barangkali ada beberapa kekurangan tertentu, namun mereka tidak diseksa atau ditumpahkan darah secara kejam.

HAMPIR setiap minggu saya menerima kunjungan dari berbagai-bagai pihak yang ‘berjenama’ hebat dari serata pelosok dan sebahagian mereka itu bukan muslim. Sebahagian mereka pembaca setia tulisan saya. Mereka bertanya pendapat saya dalam berbagai-bagai isu. Antara yang menjadi fokus mereka yang bukan muslim adalah isu keganasan atau terrorisme.

Hasil didikan media antarabangsa, mereka seakan melihat ada kaitan rapat antara Islam dan keganasan. Mereka bertanya mengapakah Islam memperuntukkan bab yang dinamakan jihad yang akhirnya menimbulkan suasana keganasan di dunia ini?

Saya bertanya kepada mereka; sejak bila anda rasa isu keganasan ini dikaitkan dengan Islam? Mereka menjawab; sejak beberapa tahun yang akhir ini, khusus setelah peristiwa 11 September. Saya bertanya mereka; Nabi Muhammad s.a.w. dibangkitkan sejak 1,400 yang lepas dan ajaran baginda tersebar hampir ke seluruh alam serta pernah membina tamadun yang amat agung. Mengapakah hari ini baru anda mendengar tentang keganasan dan Islam?

Kemudian, apa takrif keganasan pada sisi anda sehingga media menyatakan rakyat Palestin pengganas, sedangkan Israel yang membunuh wanita dan kanak-kanak mereka saban hari tidak dilabel pengganas?

Atas kaedah apakah anda menyatakan rakyat Iraq yang membunuh tentera Amerika itu pengganas, sedangkan Amerika yang mengebom dan menceroboh negara mereka, merogol dan membunuh kaum keluarga mereka tidak disenaraikan dalam kandang pengganas?

Atas pentakrifan apakah tindakan menawan tebusan yang dilakukan oleh beberapa gerombolan orang Islam dianggap jenayah tidak berperikemanusiaan, sementara tindakan Amerika menahan begitu ramai orang Islam tanpa bukti tidak diuar-uarkan sebagai keganasan kejam?

Jika dihitung jumlah orang Barat yang terkorban disebabkan keganasan puak yang menamakan diri sebagai muslim dibandingkan jumlah umat Islam yang dibunuh oleh senjata-senjata canggih Amerika dan sekutunya; manakah yang lebih ramai?

Atas dasar apakah anda memberi imej Islam pengganas kerana tindakan beberapa kumpulan yang dikaitkan dengan Islam, tetapi anda tidak melihat imej agama Kristian atau Yahudi sebagai pengganas sedangkan tindakan mereka dilakukan oleh penganut agama-agama tersebut yang bersifat kerajaan dan pemerintahan yang diiktiraf oleh mereka?

Akhirnya saya katakan; sebenarnya, tiada siapa pun yang bersetuju dengan keganasan, cumanya media Barat dalam banyak hal bersikap berat sebelah menakrifkan keganasan dan siapakah pengganas?

Sejak dahulu Islam menyebarkan keadilan dan kesaksamaan di kalangan manusia. Lihat sahaja, begitu ramai golongan minoriti bukan Islam dapat hidup di tengah- tengah masyarakat Islam di serata dunia. Lihat di negara kita, Mesir, Jordan, Indonesia dan negara-negara lain. Walaupun barangkali ada beberapa kekurangan tertentu, namun mereka tidak diseksa atau ditumpahkan darah secara kejam.

Namun keadaan sebaliknya tidak berlaku terhadap minoriti umat Islam di kebanyakan negara. Lihat nasib umat Islam di Bosnia, Burma, Rusia dan beberapa negara lain. Bahkan dalam masyarakat Melayu, orang bukan Islam boleh berniaga dan maju di tengah-tengah kampung Melayu Muslim, namun sukar ditemui keadaan sebaliknya.

Read the rest of this entry »

Hiasan Peribadi

Posted by: izzahzulaikha on: July 19, 2009

“Bilakah agaknya mampu kusambar gugusan bintang di langit?” dirinya bermonolog sendirian.

“Sedangkan meredah ombak yang mengganas itu pun belum pasti” bisik hatinya melayan perasaan.

Walaupun seseorang itu bermonolog sendirian namun ia masih diketegorikan sebagai sebahagian dari komunikasi. Ya, walaupun dia berbicara dengan dirinya sendiri.

Pembaca yang dikasihi,

Bagaimana manusia hidup tanpa komunikasi?  Betapa hebatnya Allah bilamana manusia yang kurang upaya (OKU) juga mampu berkomunikasi bahkan lebih istimewanya mereka sehingga bahasa isyarat yang digunakan oleh mereka dalam menyampaikan sesuatu sukar pula dimengertikan oleh manusia biasa seperti kita. Apatah lagi dengan ‘kekurangan’ yang ada ditenggelami oleh kekuatan dan kelebihan yang mereka ada dari sudut lainnya. Maha Besar Allah!

Kita sebagai muslim pula bagaimana agaknya dalam menguruskan komunikasi kita? Hari ini saya ingin berkongsi sedikit perihal satu cara komunikasi atau lebih fokusnya percakapan kita sehari-hari. Percakapan  juga merupakan salah satu perkara yang boleh mendorong kita menjadi bintang. Hari ini memang ramai ingin menjadi bintang.

Bukan bintang di langit itu yang saya maksudkan, tetapi  bintang yang lebih tinggi dari  bintang di langit iaitu bintang di hadapan TUHAN. Anda mahu? Teruskan pembacaan anda :)

Read the rest of this entry »

Fikir-Fikirkan…

Posted by: izzahzulaikha on: July 14, 2009

Sumber: www.saifulislam.com

Pengajian Islam Sudah Tidak Relevan?

Tiada siapa menafikan.

Ilmu agama pada hari ini sangat mudah diperolehi. Segalanya berada di hujung jari.

Tidak perlu lagi bermusafir ribuan batu untuk menyemak status riwayat yang diperolehi, kesusahan itu sudah banyak dihilangkan oleh kemudahan-kemudahan yang terhasil dari kecerdikan manusia berfikir dan bekerja. Terima kasih kepada segala kemudahan ini. Bermula daripada bekalan elektrik, alat elektrik, surat elektronik dan semua yang terangkum di dalam slogan efektif, efisyen, pantas, tepat dan jelas berpiksel tinggi.

Dalam segala kemudahan ini, sepatutnya banyak masalah umat berjaya diselesaikan.

Namun tiada siapa yang dapat menafikan, baik oleh pertimbangan akal, mahu pun oleh emosi yang merasa, kehidupan hari ini lebih meresahkan.

Suatu ketika, kita pernah diperingatkan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

 

Daripada Abu Hurairah Abd al-Rahman ibn Sakhar radhiyallaahu ‘anhu, beliau berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda, “Apa yang aku larang kamu daripadanya, hendaklah engkau jauhkan diri daripadanya. Apa yang aku perintahkan kamu terhadapnya, maka hendaklah kamu lakukan ia dengan sepenuh kemampuan kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu, mereka menjadi binasa disebabkan oleh banyak persoalan mereka, serta khilaf  perselisihan terhadap Nabi-nabi mereka” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Bagaimanakah lambakan persoalan boleh mengundang binasa?

KLIK untuk bacaan penuh.

 

 

Tarbiyatul Aulad – Bersediakah?

Posted by: izzahzulaikha on: July 4, 2009

 

keluarga

Karya Sulung Ustaz Dzul

Posted by: izzahzulaikha on: June 12, 2009

“Wahai kaumku, demi Allah. Sesungguhnya keadaan kita sekarang, seolah-olah kita bencikan apa yang kita mahukan selama ini iaitu mati syahid. Kita menentang mereka bukan dengan mengandaikan berapa jumlah mereka dan apa kekuatan kita. Sebaliknya kita berjuang kerana Islam yang kita dimuliakan Allah dengannya. Maka ayuhlah kita bergerak, di hadapan kita terbentang dua jalan. Sama ada mati syahid atau mencapai kemenangan.”

Abdullah bin Rawahah r.a.

Seringkali kata-kata seorang manusia menjadi pembakar semangat kepada manusia lainnya. Seringkali juga kata-kata itu menjatuhkan dan meruntuhkan semangat yang telah teguh binaannya. Justeru, tidak hairanlah muncul pula kata-kata seperti “Lidah lebih tajam dari mata pedang!”

Namun, di sebalik pelbagai kata-kata yang kita temui dalam hidup ini, tidak adalah yang lebih baik kata-katanya selain Qalam Allah dan Qalam Rasul s.a.w.

Read the rest of this entry »

Agar Kamu Belajar!

Posted by: izzahzulaikha on: June 6, 2009

Artikel Muhammad al-Fatih: Bagaimana Baginda Terbentuk bertarikh 26 Mei 2009 segera dibuat salinan. Untuk simpanan dan rujukan. Tulisan panjang dan tidak berat YB Husam Musa ini berbentuk analisa kekuatan yang ada pada baginda Sultan termasuk kerajaannya dalam merealisasikan sabda Rasulullah s.a.w.

Turut dimuatkan kajian terhadap kekuatan musuh di Kota Konstantinopel.

Jarang benar pemimpin politik mengupas sejarah secara terperinci.

*sila klik tajuk artikel di atas untuk bacaan penuh.

Belajar dari Sejarah

“Awak suka filem ini?” soal Prof. kepada saya. Sebahagian pelajar sudahpun meninggalkan Main Auditorium Dar al-Hikmah, UIAM usai menonton filem tersebut. Filem berkisar tentang kebobrokan institusi agama yang berlaku pada Zaman Kegelapan Eropah atau dikenali juga sebagai Zaman Pertengahan Eropah.

“Tidak. Filem ini mengandungi … …” saya menjawab dengan terang dan jelas lagi berhujah di hadapan Prof.

“ This is about kuffar!” Prof. membalas dan membantah hujah saya. Berulang kali Prof. mengulang hujah tersebut.

Read the rest of this entry »

Bekalan Untuk Generasi

Posted by: izzahzulaikha on: May 29, 2009

 

“Tidak sepatutnya bagi seorang yang Mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang yang memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat berjaga-jaga.”

At-Taubah: 122

rbpt-mukadepan

sumber

Alhamdulillah, minggu lepas saya sempat menghabiskan sebuah Travelog Tarbiah tulisan Ustaz Hasrizal (saifulislam.com) yang bertajuk Rindu Bau Pohon Tin. Membaca travelog ini benar-benar membuatkan saya turut merasakan kembara ke bumi Jordan! Subhanallah! Tahniah buat Ustaz! :)

 Ermm…adakah perkataan “TRAVELOG” ini berasal dari kombinasi perkataan “Travel” + “Blog”?

Read the rest of this entry »

 

January 2010
M T W T F S S
« Dec    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031