Cinta Kedamaian

Subjek-subjek Semester Ini

Posted on: May 22, 2008

Alhamdulillah, hari ini diberikan ruang dan peluang oleh Ar-Rahmaan untuk bernafas , kesihatan yang baik, hadir ke majlis-majlis ilmu dan pelbagai lagi ni’mat dariNya. Alhamdulillah. Semester ini saya cuma mengambil dua subjek iaitu Bahasa Melayu Lanjutan dan The Abbasid Caliphate. Untuk makluman semua, semester ini adalah semester pendek (short sem) di UIAM. InsyaAllah, mid-term exam untuk kedua-dua subjek akan berlangsung pada minggu hadapan.

Alhamdulillah, sebentar tadi baru sahaja selesai pembentangan subjek Bahasa Melayu Lanjutan. Kumpulan saya memilih genre kesusasteraan Sajak untuk dibentangkan. saya masih ingat lagi pada kelas pertama subjek ini, saya dan rakan-rakan kelas diberi latihan tatabahasa. Nampak macam senang tapi bila periksa kertas masing-masing, nah tu dia..macam baru belajar Bahasa Melayu, banyak kesalahan dari sudut bahasa. Tercabar? pasti! Sebenarnya, saya sudah merasai kelemahan saya apabila bertutur dalam Bahasa Melayu dalam beberapa tahun ini. Ini bahasa saya. Sepatutnya, ia tidak begitu..hemm.

Tentang Subjek wajib department History and Civilization, insyaAllah akan saya ceritakan kemudian. Saya berharap bahkan berdoa agar impian untuk menguasai tiga bahasa ini (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab) dapat saya capai dalam usia saya masih di Taman Ilmu dan Budi, insyaAllah.

Doakan ya… 

Pernahkah kalian terasa betapa ni’matnya ketika berada dalam majlis ‘ilmu? Harapan saya, jawapan anda nanti POSITIF!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

May 2008
M T W T F S S
    Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: