Cinta Kedamaian

Archive for June 2008

Prophet s.a.w said:

“Indeed amazing are the affairs of a believer! They are all for his benefit. If he is granted ease of living he is thankful; and this is best for him. And if he is afflicted with a hardship, he perseveres; and this is best for him.” (Muslim)

 

Advertisements
Abû Hurayrah relates that Allah’s Messenger (peace be upon him) said: “From the perfection of a person’s Islam is his leaving alone what does not concern him.” [Sunan al-Tirmidhî and Sunan Ibn Mâjah]

The importance of this hadîth:

This hadîth sets down one of the most important principles of Islamic etiquette. Islam enjoins upon us what we should do and what we should avoid. This hadîth sets down a general rule regarding what actions and statements a Muslim should avoid, namely that he should not involve himself in matters that do not concern him. By stating that this is part of a person’s Islam, it makes it clear that Islam is the determining factor in what does and does not concern a person.

The matters that a Muslim should leave alone in order to perfect his faith are the following:

1. Everything forbidden by Islamic Law.
2. Everything that is dubious in nature or doubtful in its permissibility.
3. Everything that is permissible in itself, but superfluous and a waste of time.

Read the rest of this entry »

Semalam, saya agak sibuk  membaca, mencari, meneliti tentang apa yang berlaku dalam negara. Hampir keseluruhan blog teman-teman yang saya ziarahi menyentuh tentang isu yang sama. Apalagi kalau bukan HARGA MINYAK!!.

Di sini saya link kan kepada anda artikel Ust Hasrizal berhubung isu ini melalui entri terbarunya, KENANGAN LUAR BIASA untuk kita fikir dan mengambil tindakan yang sewajarnya sesudah itu.

Baca lagi dari link-link lain, di samping media-media yang sedia ada. Anda mungkin melihat isu ini dari sudut yang berbeza dan pelbagai.

Petrol Naik 78 Sen, Diesel Naik RM1… Saya Terkesima!

Kenaikan harga petrol-diesel, apa yang boleh kita pelajari? 

GAMIS Sasar 5,000 Mahasiswa Banjiri Kuala Lumpur 12 Julai 2008

DISCOVER THE BEAUTY OF ISLAM

Ma’ruf Club merupakan kelab atau organisasi pelajar yang aktif di Universiti Islam Antarabangsa. Saya sendiri merupakan ahli kelab tersebut bermula dari tahun pertama di sini, di Taman Ilmu dan Budi.

Anda mahu tahu lanjut tentang kelab ini?

Di sini saya link kan blog Ma’ruf Club. Semoga kita beroleh manfaat daripadanya.

marufclub.blogspot.com

 

” dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.”

 

Al-isra’: 23

 

Alhamdulillah, sedikit ruang pada hari ini memberi kesempatan kepada saya untuk merehatkan minda saya untuk kembali ‘menyelongkar’ khazanah-khazanah dalam laptop dan alhamdulillah, kesempatan ini saya isi dengan menonton persembahan multimedia (bahasa Inggeris) yang bersumber dari www.harunyahya.com tentang The Creation of Man. Isi kandungan yang terdapat dalam persembahan ini adalah Introduction, The Journey of the Egg, The Design of the Sperm, the Great Union, the Embryo, Construction in  the Mother’s Womb, The Miracles of the Qur’an, The Placenta, Birth, dan Life and Afterlife. Saya pasti melalui tajuk-tajuk tersebut, anda serba sedikit nampak bagaimana perjalanan persembahan ini disusun. Persembahan ini dibahagikan kepada slot-slot berpandukan tajuk-tajuk yang dinyatakan di atas, yang mana setiap satunya memakan masa lebih kurang 5 minit. Subhanallah! Sungguh, saya teruja menontonnya dan ia juga merupakan muhasabah buat diri.

Pada hari ini, saya masih bergelar seorang anak hatta jika Allah izinkan saya mempunyai ‘keluarga’ nanti pun, saya masih tetap bergelar anak. Itu gelaran yang tak kan mampu saya ‘cabut’ dari diri saya. Bergelar seorang anak adalah sebuah ni’mat Allah yang wajib disyukuri dan ia tak kan mampu diganti dengan siapapun, apapun. Terima kasih kepada kedua ibu bapa  saya, Haji Hardy Akman Bin Mohd Zain dan Hajah Masniah Binti Sadri kerana sabar dalam mendidik saya dan adik-beradik yang lain. Sungguh, kalian adalah insan-insan tulus yang tidak perlu diragui kasih sayangnya. Alhamdulillah.

Saya teringat, ketika mana  saya mengikuti kelas Pre-Sessional sebelum masuk ke kuliah sebenar di ICT dulu, saya berkesempatan mempunyai teman-teman mengambil Master dan Phd di sini. Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk bersama tiga orang ‘kakak’ yang masing-masing mengambil Master dan Phd ketika itu, untuk berada dalam satu kumpulan pembentangan (Group Presentation). Berada bersama-sama dan bekerja dengan mereka pasti sedikit berbeza berbanding berbanding kumpulan-kumpulan yang lain. Pengalaman mereka, itu yang paling saya hargai. Memilih tajuk Pregnancy untuk pembentangan tersebut, adalah sesuatu yang agak ‘mencabar’ bagi saya selaku ahli kumpulan yang paling muda. Tapi alhamdulillah, banyaknya manfaat yang diperoleh, bukan sahaja oleh rakan-rakan yang menyaksikan pembentangan kami, bahkan kami sendiri melalui ilmu, kajian-kajian dan  pengalaman tentang topik ini.

 Pernah ketika kami berbincang mengenai topik ini di perpustakaan kampus UIA, terbit kata-kata seorang kakak yang menyatakan bahawa apabila seseorang bergelar ibu dan bapa, dia akan tahu bagaimana jerih-perih, susah-payah kedua ibu bapanya membesarkannya dulu!

Astaghfirullah…

Seingat saya, saya hanya membentangkan bahagian introduction dan fasa-fasa permulaan pregnancy pada hari pembentangan. Hakikatnya saya tak sanggup melihat slide-slide selepas itu  tentang topik ini. Ngeri! Itu perkataan yang boleh saya ungkapkan, sedangkan ‘tak da apa-apa pun’ bagi rakan-rakan lain. Saya tidak suka dan ‘tidak mampu’ melihat gambar-gambar ngeri dan seram. Itu kelemahan diri yang saya kenal pasti sejak dari sekolah menengah lagi. Mungkin itu juga salah satu punca saya terjun ke bidang sastera setelah dua tahun berada dalam bidang sains tulen  di sekolah menengah. Owh!

 

Apapun, berdasarkan tajuk entry kali ini, kita pasti akan melalui fasa-fasa sebagai manusia dalam kehidupan. Ingatlah! Tentang tujuan asal penciptaan manusia:

Dan Aku tidak menciptakan jinn dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.”

 Adz-Dzaariyaat: 56

 

 ::Untuk teman seperjuangan, Ustzh Siti Nur Fatimah Binti Hasan dan suami tercinta, Ust Mohd Salleh Bin Abdul Razak: Mabruk! Selamat Pengantin Baru.

::Untuk sahabat satu sekolah, satu kelas (4 Sains, 5 Sains) di SMKDARY, Bota, Mohd Nizam Rosli dan isteri tercinta: semoga sabar menunggu kelahiran cahaya mata pertama, bakal mujahid agama!

 


June 2008
M T W T F S S
« May   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30