Cinta Kedamaian

The Language of Quran…

Posted on: July 29, 2008

Hati saya begitu gembira menghadiri kelas-kelas semester ini terutama subjek-subjek seperti History of Malaysia 1 (subjek wajib bagi pelajar yang bermajor History and Civilization di UIAM) dan Rise and Spread of Islam to 132AH. Kedua-dua subjek ini sebenarnya diajar oleh pensyarah yang sama iaitu Dr.Abdul Ghani B.Yakob atau para pelajar lebih gemar memanggilnya dengan panggilan ustaz. Saya sendiri baru menyedari kedua-dua subjek tersebut diajar oleh beliau setelah saya menghadiri kelas Rise and Spread of Islam to 132AH tanpa melihat dahulu nama pensyarah yang bakal mengajar.

 

First time hadir ke kelas beliau, hati saya sedikit gentar kerana diberitahu tentang penggunaan bahasa Arab di dalam kelas-kelas beliau. Basic bahasa Arab yang saya ada pun sekadar ‘basic-basic’ sahaja. Terfikir juga dalam fikiran, adakah subjek ini (Rise and Spread of Islam to 132AH) memang diajar dalam bahasa Arab? Aduh!

Alhamdulillah, dipermudahkan!, ia masih diajar menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium utama disamping bahasa Arab dan sesekali bahasa Melayu dalam erti kata penterjemahan maksud yang lebih detail. Bagi saya, menghubungkan setiap yang diajar dengan pendekatan agama (Quran dan Sunnah)  mampu membuat hati lebih terkesan, rasa menghayati itu lebih dirasai dan dijiwai lalu sehabis daya menterjemahkannya dalam segala aspek kehidupan.

 

Sesekali juga penggunaan bahasa Arab yang digunakan oleh  ustaz diterjemahkan word by word termasuk kata akar perkataan tersebut. Wah, pasti ini menambahkan cinta saya untuk mendalami bahasa Arab yang juga menjadi salah satu faktor pertukaran program dari ICT ke HS (Human Sciences) yang mana bahasa Arab perlu diambil sehingga ke Level 6 berbanding di ICT yang cuma perlu diambil sehingga Level 2 sahaja. Bukan pula maksud saya pelajar-pelajar yang sekadar mengambil sehingga Level 2 Bahasa Arab di sini kurang bijaknya berbanding yang mengambil sehingga Level 6. Tidak  sama sekali! Bahkan tidak mustahil mereka lebih bijak atau more fasih dalam bertutur menggunakan bahasa ini. Cuma, saya lebih melihat perkara ini sebagai satu peluang!

 

 

Saya masih ingat, pernah sesekali saya sekadar merenung ke tempat sujud di tingkat 3 masjid UIA sambil mendengar kuliah-kuliah  yang disampaikan dalam bahasa Arab yang hampir keseluruhan isi kandungan kuliah tersebut sukar saya fahami. Saya mendengar dengan minat tetapi tidak faham. Sesekali juga saya tidak dapat membendung air mata di hujung sof mengenangkan keadaan diri yang agak ‘lack‘ dalam memahami bahasa ini apatah lagi menguasainya. Dan kini Allah menunjukkan jalan, mempermudah urusan saya dalam mempelajari bahasa Arab. Alhamdulillah. Saya berharap agar saya mempelajarinya bukan sekadar minat tetapi lebih dari itu, dilihat sebagai tanggungjawab saya sebagai seorang muslim. Saya bersyukur kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang juga guru-guru saya yang sanggup bersabar dalam membantu saya ke arah memahami bahasa ini terutama pada Zatil Azyyati, Hawwa, Za’imah (‘adik’ saya dari Thailand) dan Raudhah (kenalan baru yang dipertemukan dalam department yang sama dengan saya). Jazakumullahu khairan jaza’. Allah jua yang layak mengganjari usaha kalian. Alhamdulillah! Terima kasih sahabat!

Sungguh…kini, cinta saya semakin bertambah pada bahasa ini, Arabicthe language of Quran!

1 Response to "The Language of Quran…"

Subhanallah…mantap!
Semoga istiqomah sahabatku

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: