Cinta Kedamaian

“Demi masa…”

Posted on: September 6, 2008

Pukul Berapa Buka?

Pada suatu malam, telefon di rumah seorang kakitangan perpustakaan berdering. “Pukul berapa perpustakaan dibuka?” tanya seorang pemuda. “Pukul sembilan pagi encik. Apa hal yang begitu penting hingga encik menelefon saya tengah malam buta ni?” tanya kakitangan perpustakaan tadi.

“Tidak boleh buka awal lagi?” pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa. “Tidak, tidak dibuka sebelum pukul sembilan,” kakitangan perpustakaan itu menjawab dengan nada yang agak tinggi. “Penting sangatkah hingga encik tidak dapat tunggu pukul sembilan pagi untuk masuk?”

Lantas pemuda tersebut menjawab, “Siapa kata saya hendak masuk? Saya hendak keluar!”

 

Keputusan

  1. Dalam keadaan terdesak, kita lebih menghargai masa.
  2. Kadang-kadang apabila tersalah dalam melakukan sesuatu aktiviti, ia merugikan banyak masa kita. Kemungkinan pemuda itu tidur di dalam perpustakaan.

Dipetik dari buku PDA untuk Mengurus Masa oleh Ahmad Fadzli Yusof & A.Razak A.Mutalib (mukasurat 6-Kajian Kes)

 

 .:teringat kisah seorang teman (yang cintakan ilmu) tertidur di perpustakaan sehingga terpaksa menunggu keesokan harinya seperti kes di atas. Alhamdulillah, kini beliau sedang meneruskan pengajian di peringkat master di UIAM sekarang.🙂

 

Semoga peluang memasuki universiti Ramadhan kali ini mampu menjadikan kita lebih menghargai masa dan berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
%d bloggers like this: