Cinta Kedamaian

BERSATU di Perak

Posted on: September 15, 2008

 

Kenapa BERSATU di Perak? Sebenarnya saya sengaja meletakkan tajuk tersebut untuk tarik pembaca untuk meneruskan pembacaan anda. Tajuk di atas adalah selingan dalam entry ini.

So, jom baca lagi…

Alhamdulillah…walaupun agak sibuk (sibuk ke pun?🙂 ) dengan persediaan 3 mid-term paper , dan assignment, alhamdulillah masih punya kesempatan bertemu dengan sahabat-sahabat jauh yang sudi datang bertandang, ziarah untuk menebar ukhwah, berfikir, berkongsi (betapa sharing is caring..herm!), merancang dan bersatu untuk Islam insyaAllah. Untuk kalian, jazakumullahu khairan jaza’.

Pada awal minggu lepas, saya benar-benar hampir terlepas satu program bersama pimpinan Tanzim Mahasiswa Perak. Alhamdulillah, pertemuan dengan Fadhilah Noor, reminder dari Paji, dan Presiden tanzim membuat saya segera  bergegas ke tempat program selepas berkesempatan berbuka puasa bersama adik-adik Intis yang ceria  di UIA. Alhamdulillah, pertemuan bersama-sama wakil pimpinan dari UM dan lain-lain kampus memberi satu suntikan baru, kembali menjernihkan hati. Pertemuan dalam madrasah Ramadhan yang saya kira berjaya membuat saya “sedar diri”(meminjam kata-kata seorang teman) selain turut berkongsi rasa dan maklumat tentang situasi negeri Perak sekarang termasuk adanya Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU).

Saya pulang ke kolej kediaman dan sempat ditegur oleh Kak Zatil, “Tak pergi ke?” “Ke mana kak?” lebih kurang begitulah dialog kami. Saya terlupa program bersama alumni malam yang sama selepas tarawih..arghh. Inilah kesannya kalau tak nak ambil masa sekejap untuk catat perkara-perkara penting. Saya bertemankan Kak Zatil tiba di program alumni lebih kurang jam 10.30mlm. Seingat saya, saya cuma mengetahui tentang iPRISMA setelah membaca entry-entry dari weblog Ust. Ridha dan Ust Mukhtar (Wah, pasti gembira dengan cahaya mata pertama!) walaupun turut dijemput ke program di Port Dickson yang tidak saya hadiri. Buat sahabat-sahabatku! Pasti kalian tak sabar untuk attend program bersama alumni bulan Oktober ni rite?!🙂.

Alhamdulillah, pada hari Sabtu pula, kunjungan ziarah sahabat-sahabat Rakan Masjid dari UTP dengan rombongan lebih dari lima buah kereta hadir membuatkan hati saya merasa indahnya persaudaraan dalam Islam. Pada asalnya, saya sudah menyatakan pada Hasna tidak dapat hadir kerana kelas dan mahu menyelesaikan beberapa perkara tertangguh. Dan…alhamdulillah, akhirnya sempat juga bertemu sahabat-sahabat UTP walaupun sekejap. Saya gembira. Thanks to Hasna and Hafiz dan lain-lain yang menjayakan pertemuan ini.

Alhamdulillah, semalam (Ahad) saya sempat menghadiri Creative Da’wah Workshop anjuran Ma’ruf Club yang selesai lebih kurang jam 5.30 petang. Presiden Ma’ruf Club ada manulis entry tentang workshop tersebut di blognya: abumunzir.blogspot.com Jom baca!

Alhamdulillah, malam semalam sempat berdiskusi dengan seorang sahabat tentang pentingnya Institusi Kekeluargaan dalam Islam. Sayangnya, diskusi tak sempat habis dalam tempoh waktu singkat. Mungkin lain kali boleh diperpanjangkan insyaAllah. Apa khabar sahabatku?🙂

 

Dan segalanya yang anda baca melalui entry ini adalah sebahagian program atau perkara-perkara penting sepanjang minggu lepas. Alhamdulillah, semoga masa yang Allah kurniakan dapat kita manfaatkan sehabis baik dalam perkara-perkara kebaikan.

Betapa…

” Demi Masa. Sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.”

Al-‘Asr: 1-3

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
%d bloggers like this: