Cinta Kedamaian

Archive for October 2008

“Ke Garisan…Sedia…”(sambung la sendiri… ūüôā )

Sejak dari sekolah lagi ungkapan ni memang sangat familiar bagi saya. Jika dilihat dari latar belakang keluarga, kebanyakan adik-beradik saya memang aktif di lapangan sukan sejak dari sekolah rendah. Emak dan ayah tiada halangan untuk itu. Dan saya, lebih kepada acara balapan ( 100 m dan 200 m). Cumanya, bermula di tingkatan 4, saya sudah tidak aktif lagi dalam mewakili apa-apa acara sukan di sekolah. Tumpuan lebih diberikan kepada akademik, amanah jawatan dan beberapa tugas lain.

Waktu ini, bukanlah tujuan utama saya untuk bercerita tentang sukan tapi sekadar¬†mengaitkannya dengan final exam yang bakal berlangsung lebih kurang 2 minggu dari sekarang insyaAllah. Seperti acara balapan tersebut, kedua-duanya memerlukan persediaan. Mental, fizikal…spiritual…hemm.

Alhamdulillah, segala kerja-kerja akademik telah lama diselesaikan. Tinggal lagi, beberapa subjek yang belum habis silibusnya untuk diteruskan. Hakikatnya, saya sedih bila 2 daripada 6 subjek yang saya ambil semester ini telah tamat kelasnya. Banyak yang saya peroleh dari setiap pensyarah-pensyarah yang mulia ini bilamana mereka sudi dan ikhlas dalam berkongsi ilmu, mendidik para pelajar, memberi yang terbaik untuk membangun ummah. Terima kasih, cikgu!

Untuk sahabat-sahabat masih¬†‘struggle’ menyiapkan baki kerja-kerja akademik semester ini, semoga¬†Allah membantu dan mempermudahkan urusan kalian, insyaAllah.

Doakan saya juga ya! ūüôā¬†¬†¬†

Untuk akhirnya, kepada sahabat-sahabat yang bakal menduduki final exam¬†nanti…Selamat maju jaya!!! Semoga berjaya di dunia dan akhirat!! Semoga Allah mengurniakan yang TERBAIK untuk kita semua..ameen.

The Mediocre Teacher Tells

The Good Teacher Explains

The Superior Teacher Demonstrates

The Great Teacher Inspires ūüôā

 

Advertisements

“Demi Allah, Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh), kelaparan,

kekurangan harta benda, kehilangan nyawa serta lenyap hasil tanaman. Oleh itu, berilah berita

gembira kepada orang-orang yang sabar.”

Al-Baqarah:155 

 

 

 

 

 

 

 

Baca lagi:

Puting beliung di Felcra Nasaruddin

Gambar sekitar ribut di Felcra Nasaruddin


October 2008
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031