Cinta Kedamaian

Catatan Ringkas: 2 Hari-Workshop di Arkib Negara

Posted on: January 27, 2009

Alhamdulillah, pada tarikh 21 dan 22 Januari 09 (rabu dan khamis) lepas, saya dan rakan-rakan sekelas berpeluang menghadiri satu program yang amat bermanfaat di Arkib Negara yang beralamat di Jalan Duta. Anda boleh melayari website Arkib Negara untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai institusi ini. Sebenarnya, program ini adalah sebuah program di bawah jabatan Sejarah dan Tamadun dan kelas kami (subjek History of Malaysia II) dipilih untuk menyertai workshop ini. Sedari awal setelah Dr. Fauziah Fathil membuat pengumuman tentangnya, saya dan rakan-rakan terdekat tiada halangan besar untuk terus menyatakan kehadiran ke workshop ini.

 anm1

 

Sesampai di arkib negara, kami bersama pensyarah pengiring, Dr Abdul Ghani (21hb. Jan 09) dan Dr Abdul Rahman Tang Abdullah (22hb. Jan 09) disambut mesra kakitangan arkib negara. Usai pendaftaran dan sedikit jamuan, bermulalah kerja-kerja workshop. Kami dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan saya berada dalam kumpulan ke-6 PENYELIDIK🙂 . Turut bersama saya adalah Adam, Muslihati dan Maisarah. Kami juga dibekalkan dengan bahan-bahan yang perlu dipakai oleh penyelidik dan juga sekotak bahan atau dokumen untuk dikaji.

Sebelum itu, adalah lebih baik saya nyatakan objektif workshop yang dinamakan sebagai Program Pendeskripsian Fail ini. Dua objektif tersebut adalah 1) Memberi pendedahan mengenai kaedah pendeskripsian fail mengikut standard kearkiban. 2) Memberi peluang mendekati dan melihat sendiri koleksi bahan di  Arkib Negara Malaysia.

Dalam workshop ini, kami dibekalkan dengan sepasang sarung tangan putih (bukan plastik) dan topeng muka (mask)untuk kegunaan ketika menjalani kerja-kerja pendeskripsian fail ini. Dokumen-dokumen lama termasuk surat, peta, iklan dan lain-lain kami buka satu-persatu berpandukan guideline penyelidikan yang diterangkan oleh fasilitator-fasilitator arkib yang mesra dan bersungguh dalam membantu kami. Sungguh, kerja ini bukan mudah. Membaca dokumen lama bertulisan tangan sekitar tahun 1400-1900 yang kekadang melibatkan penggunaan Bahasa Melayu-Jawi, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu Lama dan lain-lain pastinya menuntut adanya sifat sabar yang tinggi. Alhamdulillah, kesediaan rakan-rakan penyelidik seTEAM dan kehadiran saudara Fadhli sebagai fasilitator kumpulan kami dalam membantu, menjadikan pengalaman ini begitu indah untuk dinikmati. Satu lagi yang saya perasan adalah majoriti fasilitator workshop ini adalah orang Kelantan! Komunikasi antara mereka sahaja tidak menyukarkan saya untuk memahami perkara yang mereka bualkan.hemm, bila agaknya saya akan berkesempatan untuk turun ke Kelantan lagi? 

buku-pendita-za'ba

Selesai makan tengah hari, saya dan rakan-rakan terus ke surau arkib. Sementara menunggu masuk waktu zuhr, saya tergerak hati untuk meneliti susunan buku-buku yang terdapat di rak surau. Subhanallah! Saya menjumpai buku tulisan Pendita Za’ba, Perangai Bergantung kepada Diri Sendiri. Saya mengetahui tentang kewujudan buku ini pun setelah membaca salah satu artikel Dr. Asri Zainul Abidin di Majalah I keluaran Januari 09 bertajuk Hari Terakhir Saya Sebagai Mufti Perlis. Sayangnya saya tidak sempat membaca buku tersebut sehingga selesai dan di sini saya sertakan sinopsis buku ini yang saya ambil melalui website Dawama.

“Kelemahan sahsiah adalah punca utama kelemahan sesuatu bangsa. Inilah kesimpulan yang telah dibuat oleh Allahyarham Pendita Za’ba dalam buku ini. Menurut Za’ba kemunduran orang Melayu disebabkan sebahagian besarnya kerana mereka tidak percaya pada kebolehan diri sendiri, lemah cita-cita, kurang hemah dan terlalu menggantungkan diri dan harapan kepada orang lain. Orang Melayu lebih cenderung meminta bantuan dan pertolongan orang lain. Pandangan ini memang agat berat diterima oleh orang Melayu, dan mungkin beliau menyedari keadaan itu, maka sebab itulah buku ini tidak diajukan kepada mana-mana penerbit semasa hayat beliau. Setelah lapan tahun beliau meninggal dunia, karangan ini baru dapat diketahui dan disedari tentang pentingnya kepada bangsa Melayu hari ini. Diharapkan para pembaca akan dapat menggarap banyak manfaat dari buku ini.”

Dan pasti isi kandungan buku ini bukan biasa-biasa!

Untuk akhirnya , terlalu banyak kebaikan yang saya peroleh sepanjang berworkshop di Arkib Negara. Bermula dari keinginan menuntut ilmu dan mencari pengalaman, disana Allah beri pula peluang dan kesempatan berta’aruf dengan lebih dekat bersama rakan-rakan yang hanya mampu saya sapa dengan senyuman lewat berada dalam kelas pengajian sebelum ini, pastinya juga semangat kerja berpasukan, melawat ke jabatan maklumat, hikmah bersosial in positif way, kesempatan membaca buku Pendita Za’ba dan…terlalu banyak! Subhanallah!  Alhamdulillah!

 

2 Responses to "Catatan Ringkas: 2 Hari-Workshop di Arkib Negara"

Salam..
Gembira mendengar yang Arkib Negara ditunjangi oleh majoriti ‘oghe klate’ (”,).
Buku ni fokus kepada perangai bangsa Melayu saja, sedangkan sikap tidak berdikari tidak mengenal bangsa…Mungkin untuk push orang2 Melayu ketika itu agar lebih berusaha untuk memajukan diri

Saudari Zatil, syukran atas ziarah dan komen.

Pemikiran Za’ba begitu kehadapan berbanding waktunya. Dan saya, Pro Tajdid🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

January 2009
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: