Cinta Kedamaian

Archive for February 2009

3058256823_22a43b9d2e

Advertisements

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Hrkh) -“PAS juga kena berhati-hati. Penyakit yang ada di tubuh Umno hari ini tidak mustahil akan merebak ke tubuh PAS apabila berkuasa.’Kuasa dan harta’ bukan sedikit ujiannya.”

Suaranya vokal dan adakalanya kontroversi namun ramai yang ‘merindui’ pendapatnya yang berpaksikan tafsiran agama dan tidak bias kepada mana-mana pihak.

Penolong Pengarang Harakahdaily AZAMIN AMIN sekali lagi mendapatkan pandangan kritis bekas Mufti Perlis Dr. Asri Zainul Abdin yang kini berada di Lampeter, United Kongdom. Beliau sedang menjalankan kajian atas perbandingan tafsiran hadis antara kelompok tradisi dan modernis serta dalam cuti sabatikal yang diberikan oleh Universiti Sains Malaysia.

Harakah: Mengapa Dr. lebih awal meletakkan jawatan sebagai Mufti dan tidak berhasrat menyambung semula ? Inikah yang dinamakan berundur sebelum berjuang? Boleh beritahu sebab letak jawatan sebenarnya?

Read the rest of this entry »

studying1

Survey of Ancient Civilizations (mid-term exam)

History of Malaysia II (mid-term exam)

Islam in the Malay World (mid-term exam)

Relations Between the Muslim World and Medieval Europe (Map Test)

Seorang sahabat memberikan link yang bermanfaat kepada saya tentang situasi politik di Perak. Artikel Ustaz Zaharuddin ini agak panjang. Semoga anda beroleh kebaikan daripadanya.

Apakah Hukum Lompat Parti dan ‘Double Standard’ Berkenaannya ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net


Bota, Perak Darul Ridzuan. Ini tanah kelahiran saya. Di sini juga saya dibesarkan walaupun kedua orang tua saya bukanlah berasal dari negeri ini. Sedari kecil hingga menjengah usia remaja, saya tak ‘lari jauh’ dari daerah ini, daerah Perak Tengah, Perak Darul Ridzuan. Dan sejak akhir-akhir ini, kawasan ini menjadi begitu popular di kalangan masyarakat. Bukan sahaja di Perak, tapi juga Malaysia. Kenapa? Jika anda seorang yang prihatin tentang isu semasa, anda pasti memperoleh jawapannya. Saya Yakin!

flag_perak1

Bendera Negeri Perak (Putih, Kuning dan Hitam)

Tiada sebarang komen yang mampu saya berikan berhubung apa yang berlaku di Perak sekarang ini. Maaf… Cuma, yang saya harapkan adalah agar Allah mendengar doa-doa kita untuk kesejahteraan rakyat negeri ini keseluruhannya.

Hasbunallahu wa ni’mal wakiil…

Saya tinggalkan anda dengan artikel terbaru Ustaz Hasrizal Abdul Jamil berhubung isu ini untuk kita sama-sama fikirkan.

Sumber: Saifulislam.com

Tuhan Tengah Bercakap Dengan Kome Tu!

“Isyy, tak sangka teman, boleh menang Pakatan Rakyat di Peghak ni!” kata Kulop Samad di kedai kopi.

“Itu lee, idok le teman boleh nak ngambokan yang UMNO BN ni boleh kalah di sini. Tak sangka ye!” balas Jakpo.

“Hai ya Allah, tu namanya keghoje Tuhan, tak sangka wakil rakyat PAS boleh jadi Menteri Besor. Tuah kita le nak nengok Haji Nizar jadi MB,” sampuk si Megat dalam diam-diamnya memasang telinga.

“Oi ya Allah, apa ke heenye si Nasarudin tu masuk PKR.? Bota, kome jangan buat main dengan Bota. Pening kepala mikiokannya. Tak sangka keme!” si Lijah pun nak sembang sama.

“Ya Rabbi… baghu je teman ceramah di Kampar hari tu. Tak sangka hari ni DUN dah bubar pulak wei,” Ostad Rizal pun berkerut dahi tenggelam punca.

TAK SANGKA MEMANJANG

Ate, apa ke heenya negeghi teman ni kengkawan wei. Dari dulu sampe sekaghang, tak habih-habih dengan TAK SANGKA nya. Tak sangka BN kalah, tak sangka pembangkang menang, tak sangka PAS jadi MB, tak sangka memanjang sampe le ke haghi ni…

Satu benda yang teman nak habo, kita yang nak Islam ni, Allah Taala dah suruh kita ni menerima perdamaian, bekerjasama dengan sesapa je yang nak kerjasama dengan kita. Kalau oghang nak berkawan, jangan cari pase ajak berlawan. Terima kawan, ajak duduk berbincang.

Tapi walaupun rame yang nak berkawan, sudohnya, yang bawak Islam tu selalu jadi pak tungge. Tingge soghang-soghang je. Sebab itu kalau kawan ngajak sembang nak lompat sana lompat sini, bergegeh nak ke Putra Jaya ke nak ke Parlimen ke, jangan ceghite kengkawan tu sampe kita lupa ceghite kita. Ceghite kita, ceghite nak muliakan Islam. Nak tolong agama Tuhan. Tukor-tukor kape ni ceghite orang pikio tak tentu hala. Tak tahu apa rujukan akhlaqnya.


Read the rest of this entry »


February 2009
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728