Cinta Kedamaian

ESQ Training Mahasiswa Angkatan 7

Posted on: March 20, 2009

Dua hari yang membahagiakan…sangat membahagiakan…Alhamdulillahi rabbil ‘alamiin.

esq training mahasiswa

Sebahagian teman-teman bersama trainer

WHEN A JOURNEY THROUGH DISCOVERY…

14 Mac 2009

Aku gagahi jua langkahku, pulang ke Taman Ilmu dan Budi. Tidak dapat aku luahkan dengan kata-kata apa yang aku lalui sepanjang hari ini. ‘Pukulan’ demi ‘pukulan’, yang membuat aku ‘jatuh tersungkur’..jiwa ini seakan ‘dihempas-hempas’. Aku tidak tahu bagaimana aku harus mengambarkan segala yang kurasai dengan kata-kata. Aku tidak menyangka begini sekali impaknya. Betapa… ALLAHU AKBAR…

Air mata ini terus-terusan mengalir…

“Tiadakah mereka melakukan perjalanan di muka bumi, sehingga mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka mengerti, dan mempunyai telinga yang dengan telinga itu mereka mendengar? Sungguh, bukanlah matanya yang buta, tapi yang buta ialah hatinya yang ada dalam (rongga) dadanya.”

Al-Hajj: 46


“Telah Kami jelaskan kepada manusia dalam Al-Quran ini segala macam perumpamaan, tapi manusia, dalam banyak hal, suka membantah.”

Al-Kahfi: 54


Betapa…

“Negeri Akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di bumi. Dan kesudahan yang baik itu, bagi orang-orang yang berTAQWA.”

Al-Qasas: 83

15 Mac 2009

Sholawat dan salam buat Rasul tercinta, Muhammad s.a.w.

“Kami utus rasul-rasul, semata-mata untuk menyampaikan khabar gembira dan memberi peringatan. Maka barangsiapa yang beriman, dan memperbaiki diri, tiada mereka perlu dikhawatirkan, dan tiada mereka berdukacita.”

Al-An’aam: 48


“Sungguh, telah Kami utus kau (Muhammad) dengan kebenaran, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi peringatan…”

Al-Baqarah: 119


“Kau (Muhammad) sungguh punya budi pekerti yang agung.”

Al-Qalam: 4

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya kuamalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga

Ya rasul… ya rasul! ku rindu padamu…. syafaatkan daku
Ya rasul… ya rasul! syafaat kan daku…. ku rindu padamu

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah

Dia Kekasih Allah

Hijjaz

Ya Rasulullah,

Moga cinta ini tidak bermusim.

Dua hari yang aku lalui adalah hari-hari yang sangat membahagiakan. Menemukan aku pada jawapan kepada pelbagai persoalan kehidupan.

Dunia inilah jambatan ke akhirat. Bersungguh-sungguhlah menujuNya yang menciptakan kita. Allah Al-Khaliq.

Sentuhan itu terlalu lembut dan halus. Tubuh ku tidak mampu lagi menahan segala getar rasa di jiwa. Betapa ALLAHU AKBAR. Dan airmataku terus-terusan, deras mengalir.

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari Bani Adam keturunannya dari sulbinya, dan menyuruh mereka bersaksi terhadap dirinya sendiri (atas pertanyaan), “Bukankah Aku Tuhanmu?” Mereka menjawab, “Ya, kami bersaksi!”.

Al-A’raaf: 172


Asyhadu alla ilaha illallah

Wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah

“Tetapkanlah untuk kami kehidupan yang baik di dunia ini dan akhirat. Sungguh, kami bertaubat kepadaMu.” (Tuhan menjawab dan) berfirman, “AzabKu akan menimpa siapa yang Aku mahu, dan RahmatKu akan meliputi segala sesuatu. Akan Kutetapkan (kehidupan yang baik) untuk orang yang taat beribadah dan yang membayar zakat, serta mereka yang percaya akan ayat-ayat Kami.”

Al-A’raaf:156


Atas segala kurniaMu, Ya Allah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

-izzahzulaikha-

19 Mac 09

Mahallah Asma’

Taman Ilmu dan Budi.

1 Response to "ESQ Training Mahasiswa Angkatan 7"

[…] ESQ TRAINING MAHASISWA ANGKATAN 7, entri ini merupakan antara entri yang paling banyak dibaca oleh pengunjung blog saya. Terima kasih saya ucapkan. […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

March 2009
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
%d bloggers like this: