Cinta Kedamaian

Archive for April 2009

Alhamdulillahi rabbil ‘alamiin.

… yang menemukanku dengan mereka yang aku cintai…

Catatan Seorang Sahabat:

Jalan ini jalan kita

AB semua, jangan bosan dengan perjalanan dakwah ini, jalan yang telah biasa kita tempuhi selama ini. Jalan ini yang telah mendekatkan kita antara satu sama lain, jalan ini telah memberitahu kita siapa sebenarnya kawan dan siapa sebenarnya yang perlu dijadikan pengajaran. Sebuah perjalanan dakwah tidak akan sunyi dari pancaroba dan pahit getir ujian. Jangan kita berundur dari denai yang menguji jiwa ini, maklum sajalah ia tidak menjanjikan apa-apa pangkat dan kehormatan untuk kita berbangga, tidak pula memberikan sedikitpun gaji untuk kita terima, dan tidak pula menjamin bahawa perjalanan ini mudah dan menyebabkan hati kita akan menjadi tenang selalu. Maka berniatlah dengan ikhlas dan kerana Allah sahajalah matlamat utama, jika sedikit niat kita terlencong maka itu juga yang kita dapat, dan adakah ia berpadan dengan imbalan yang akan kita terima di akhirat kelak?


Read the rest of this entry »

Dua hari sebelum peperiksaan subjek Islah and Tajdid Movement in the Muslim World, saya sempat berbincang dengan Prof . Dr. Hassan Ahmed Ibrahim, pensyarah di Jabatan Sejarah dan Tamadun UIAM berhubung pandangan Ali r.a. tentang “translation of Quran” yang dijadikan hujah oleh tokoh-tokoh agama selepas beliau. Bersama Raudhah, kami bertemu di bilik beliau di IMU, UIAM.

Saya turut bertanya tentang beberapa topik yang tidak sempat dibincangkan secara detail di dalam kelas seperti Said Nursi dan Rashid Rida, dua nama besar tokoh Islam.

Read the rest of this entry »


April 2009
M T W T F S S
« Mar   May »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930