Cinta Kedamaian

HIST 3410

Posted on: April 6, 2009

Dua hari sebelum peperiksaan subjek Islah and Tajdid Movement in the Muslim World, saya sempat berbincang dengan Prof . Dr. Hassan Ahmed Ibrahim, pensyarah di Jabatan Sejarah dan Tamadun UIAM berhubung pandangan Ali r.a. tentang “translation of Quran” yang dijadikan hujah oleh tokoh-tokoh agama selepas beliau. Bersama Raudhah, kami bertemu di bilik beliau di IMU, UIAM.

Saya turut bertanya tentang beberapa topik yang tidak sempat dibincangkan secara detail di dalam kelas seperti Said Nursi dan Rashid Rida, dua nama besar tokoh Islam.

Hari Peperiksaan

Berikut saya kongsikan kepada anda soalan-soalan yang dikemukakan pada hari peperiksaan (4 April 2009).

  1. Explain the role of Ibn Taymiyyah in Tajdid Movement.
  2. “Muhammad ibn ‘Abd al-Wahab is the custodian of the Salafi movement in modern times.” Discuss this statement highlighting his career and the impact of his teachings.
  3. “Jamal al-Din al-Afghani was born well ahead of his time.” Analyse this statement focusing on his ideas and career.
  4. write notes on the following:

i. Al-Ghazali’s views on philosophy

ii. Jama’at Islami (the Association of Islam)

Untuk pengetahuan anda, soalan 1 dan 2 adalah soalan yang wajib dijawab. Manakala soalan 3 dan 4 perlu dipilih menjadikan kesemua soalan yang perlu dijawab adalah 3 soalan. Macam subjek matematik pula.🙂

Saya memilih untuk menjawab soalan 1, 2 dan 3 (saya memilih Jamal al-Din al-Afghani sebagai tokoh dalam research yang saya lakukan untuk subjek ini).

Masa 2 jam untuk 3 soalan benar-benar membuatkan saya letih! Letih memerah otak, letih menulis, letih membuat ‘fragment’ dalam minda untuk pembahagian waktu menjawab ketiga-tiga soalan, dan dalam masa yang sama saya merasakan terlalu banyak hujah dan fakta yang perlu dihamburkan dan disusun dalam kertas jawapan tidak sempat saya tulis.

‘ala kulli hal, alhamdulillah!

My Favorite Subject

“Cocacolanization”, “Modus Vivendi”, “Intoto”, “Vanguard”, “Pothumously” dan beberapa jargon lain seringkali menjadi perasa yang menambah ni’mat dalam menuntut ilmu untuk subjek ini. Prof. seringkali menggunakan word-word yang jauh dari kebiasaan penggunaannya seperti perkataan Cocacolanization di atas.

bear n coca-cola

Culture of ” minum coca cola” is a part of Cocacolanization

Apa yang membuatkan saya lebih menghayati kelas ini adalah kerana pendekatan yang digunakan Prof. dalam menuntun kami mengenal proses tajdid atau islah dan tokoh-tokoh penting bermula dari zaman Rasulullah s.a.w sehinggalah pada abad ke 21. Islah atau tajdid itu on going process of challenge and response, ia berterusan.

Apa yang penting, kami diajar untuk melihat sisi-sisi lain (multidimensi) terutama ketika membincangkan tentang tokoh-tokoh yang terlibat dalam proses-proses tajdid ini. Kami tidak didedahkan hanya pada idea atau pemikiran tokoh tersebut sahaja bahkan juga latar belakang (contoh: keluarga, pendidikan), keadaan atau situasi ketika itu, bagaimana pula keadaan masyarakat ketika itu dan pelbagai lagi termasuklah demografi kawasan tokoh tersebut yang mungkin membentuk peribadinya. Kami juga dilatih untuk berhujah dengan dalil al-Quran dan sunnah serta merasa betapa pentingnya meningkatkan pembacaan dalam usaha menuntut ilmu. Terlalu banyak sumbangan-sumbangan mereka pada agama ini.

Bagi saya, subjek ini juga mengajar tentang pentingnya sifat SABAR dalam mengenali peribadi-peribadi mereka, juga SABAR agar tidak cepat MENGHUKUM seseorang. Seringkali dalam kehidupan ini, manusia berprasangka negatif tanpa mengetahui ‘the real-situation’ seseorang yang dihukumnya. Menghukum setelah sekadar ‘mendengar terus percaya’. Tidak pula ingin meminjam deria lainnya untuk memerhati dan mengkaji.

Jamal al-Din al-Afghani

Saya memilih untuk mengkaji tokoh ini, yang digelar dengan “born well ahead of his time”. Beliau juga digelar sebagai “the Futurist Mujadid”. Tokoh dalam dunia Islam yang dihargai selepas kematiannya. Muhammad Abduh dan Rashid Rida adalah dua nama yang sinonim yang dikaitkan dengan beliau.

Beliau hidup pada abad ke19, yang mana pada akhir abad ke-19 merupakan Era of Imperialism bagi Barat.

Antara ‘key’ idea pemikiran beliau adalah Pan-Islamism (penyatuan ummah Islam), Apathy (indifference yang membawa kepada inferiority complex) di kalangan umat Islam yang mana beliau menekankan kepentingan untuk ‘bangkit’ dan memainkan peranan mereka sebagai umat Islam, dan beliau juga menekankan kepentingan ilmu sains, satu ilmu yang ‘hilang’ dari umat Islam dan perlu diambil dan dikuasai semula.

Sehingga kini, idea-idea beliau masih digunapakai dalam usaha menyelesaikan perkara-perkara yang melanda umat Islam sekarang ini.

Hanya SATU ketika Undergraduate

Tokoh-tokoh yang terlibat dalam proses tajdid yang kami sama-sama telusuri dan kenali adalah Imam al-Ghazali, Ibn Taymiyyah, Shah Wali Allah, Jamal al-Din al-Afghani, Abu A’la al-Mawdudi, Hassan al-Banna dan beberapa tokoh-tokoh lain.

Saya bertanya kepada Prof. jika beliau ada mengajar subjek-subjek lain dalam subjek-subjek yang ditawarkan dalam jabatan ini. Beliau cuma mengajar subjek ini untuk Undergraduate student dan satu subjek untuk pelajar master.

Apapun, saya masih berharap agar dapat menadah ilmu dari Prof ini lagi. Mungkin tidak di dalam kelas… tapi di seminar-seminar, atau public lecture atau lain-lain majlis ilmu. Thank you, Prof.

Alhamdulillahi rabbil ‘alamiin!

Exam paper saya masih berbaki 4 subjek.

Untuk sahabat-sahabat yang menduduki peperiksaan semester ini, Ma’at Taufiq wan Najah fil imtihan. Semoga Allah membantu dan memberi yang Terbaik untuk kita semua. Ameen.

Untuk anda yang membaca entry-entry saya, saya mendambakan tambahan ilmu, teguran, nasihat-nasihat kalian. Semoga memperoleh kebaikan dalam setiap pemberian.

Izzahzulaikha

Taman Ilmu dan Budi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

April 2009
M T W T F S S
« Mar   May »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
%d bloggers like this: