Cinta Kedamaian

Nota Seorang Teman : Tazkirah Buat Diri

Posted on: April 16, 2009

Alhamdulillahi rabbil ‘alamiin.

… yang menemukanku dengan mereka yang aku cintai…

Catatan Seorang Sahabat:

Jalan ini jalan kita

AB semua, jangan bosan dengan perjalanan dakwah ini, jalan yang telah biasa kita tempuhi selama ini. Jalan ini yang telah mendekatkan kita antara satu sama lain, jalan ini telah memberitahu kita siapa sebenarnya kawan dan siapa sebenarnya yang perlu dijadikan pengajaran. Sebuah perjalanan dakwah tidak akan sunyi dari pancaroba dan pahit getir ujian. Jangan kita berundur dari denai yang menguji jiwa ini, maklum sajalah ia tidak menjanjikan apa-apa pangkat dan kehormatan untuk kita berbangga, tidak pula memberikan sedikitpun gaji untuk kita terima, dan tidak pula menjamin bahawa perjalanan ini mudah dan menyebabkan hati kita akan menjadi tenang selalu. Maka berniatlah dengan ikhlas dan kerana Allah sahajalah matlamat utama, jika sedikit niat kita terlencong maka itu juga yang kita dapat, dan adakah ia berpadan dengan imbalan yang akan kita terima di akhirat kelak?


AB semua, jalan ini adalah jalan kita, bukankah kita juga dahulu menyatakan dengan perasaan dan hati berkobar-kobar penuh keazaman ingin meninggikan Islam di mata manusia? Bukankah kita dahulu pernah berikrar bersama-sama untuk sanggup mati sebagai syuhada’ di jalan mulia ini? Kerana tidak semua manusia dapat dinilai kualiti dirinya sekiranya tidak mengalami ujian di dalam medan dakwah ini, benarkah kita ini hanya pandai berkata-kata mulut manis santun bicara, tetapi setiba sahaja panggilan jihad maka engkau mengundurkan diri dengan memberikan seribu satu alasan yang anak kecil pun boleh mereka-reka cerita dengannya.

AB semua, cuba kita perhatikan dalam-dalam kata-kata ini, cuba buka laut fikiran kita, benarkah bagai dikata bahawa kita mengaku diri kita bersaudara dengan setiap Muslim dan Mukmin? Sedangkan diri kita masih mencintai diri sendiri melebihi saudara-saudara kita? kita sanggup tidur lena di tilam empuk sedangkan ada saudara-saudara kita menjerit hati batinnya untuk belajar tentang Islam tetapi tiada orang yang ingin menyambut tangan-tangan yang memerlukan ini. Di sana ada musuh yang tidak senang melihat Islam tertegak, di sana ada orang yang berpura-pura seperti api dalam sekam ingin melihat Islam itu hancur, dan mereka ketawa apabila orang Islam telah menanggalkan pakaian Islam di hati dan zahiriyyah mereka. Dan ketika itu di dalam hati kita telah terjadi peperangan antara iman dan nafsu yang menggelodak, sekiranya nafsu mengaburi mata maka di dalam perjalanan dakwah ini kita telah tertewas dan untuk kesekian kalinya ada sahaja jiwa lain yang seaqidah dengan kita turut sama terkorban kerana orang yang ditunggu untuk menyelamatkan mereka telah melarikan diri dari medan dakwah hanya kerana nafsu itu lebih bererti dari iman baginya…

Bagaimana diri ini AB semua… kita tidak lebih dari hamba Allah yang berjalan untuk singgah sebentar melepaskan lelah, dan dalam kelelahan itu ada sahaja tawaran yang menarik mata hati untuk tinggal lebih lama di situ padahal kita tahu perjalanan perlu diteruskan, dan tempat persinggahan itu tidak lama lagi akan hancur lebur. Tidak perlulah mengulang lagi akan kisah kesedihan, kesakitan, keperitan dan kepenatan di jalan ini. Kerana hanya mereka yang faham sahaja akan tersenyum riang dan tabah serta berazam untuk terus berada di jalan ini.

Biarlah usaha kita ini dipandang kecil, orang memandang rendah, tetapi Tuhan melihat kita dengan pandangan rahmat, jiwa-jiwa kita dipayungi dengan iman dan Islam. Ditakdirkan kita mati sebelum dapat mencapai cita-cita murni, mudah-mudahan kita tidak keseorangan kerana diri kita telah menyatu di dalam menolong agamaNya ini. Sesunngguhnya tiada yang lebih tinggi dari Islam kerana Islam itu adalah yang tertinggi. Semoga Allah bersama-sama dengan kita… Aminn..Perjuangan belum selesai..

1 Response to "Nota Seorang Teman : Tazkirah Buat Diri"

salam su,

kefhaal ya ukhti? Segarkan blog ini dengan titipan terbaru ye.
Rindu nak dgr khabar🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

April 2009
M T W T F S S
« Mar   May »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
%d bloggers like this: