Cinta Kedamaian

Seberat Zarrah

Posted on: May 17, 2009

Teman,

Cubalah sekali-sekala, anda lakukan aktiviti ini.

Pastikan anda sedang berada dalam kondisi (keadaan) yang selesa.

Aktiviti ini tidak mempunyai sebarang unsur-unsur paksaan.🙂

Sila ikuti arahan di bawah:

1. Tarik nafas anda dalam-dalam.

2. Tahan nafas anda dalam hitungan 40 saat (jika anda mampu) atau sekadar mana yang anda mampu lakukan. (Jangan paksa diri jika anda tidak berdaya!)

3. Lepaskanlah ia perlahan-lahan. Bertenanglah.

Apa yang anda rasakan?

Adakah anda merasa nafas itu satu ni’mat?

Ya, ni’mat Tuhan yang tidak dijual di mana-mana bahkan hendak menciptanya pun manusia tidak mampu! Ini cuma satu dari pelbagai ni’mat kurniaanNya yang diberikan kepada kita.

Cubalah bayangkan, tatkala kita menahan nafas kita sewaktu melakukan aktiviti di atas, tiba-tiba sampai ajal kita! Adakah kita bersedia untuk bertemu denganNya tatkala itu? Tatkala kita baru hendak mengenal ni’mat ini?

Tatkala kita baru hendak belajar untuk menghargai ini ni’mat yang datang dari Pencipta kita?

Saya jadi teringat pada kata-kata yang lebih kurang begini bunyinya:

“Manusia hanya diberi 2 jenis nafas iaitu nafas naik dan nafas turun.

Bersyukurlah pada nafas yang pertama kerana kamu masih dibenarkan hidup di dunia ini.

Bertaubatlah pada nafas yang kedua kerana mungkin itu adalah nafas terakhir untukmu!”

Astaghfirullahal ‘adziim…

Teman,

Tanyalah pada diri kita ke mana kita halakan penggunaan nafas yang Allah berikan ini. Adakah untuk tujuan yang benar atau kita menghalakannya pada perkara-perkara yang membuat Allah murka pada kita?

Allah berfirman dalam surah al-Zalzalah (ayat 6-7)

“Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan berkelompok-kelompok, untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) semua perbuatannya. Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya.”

Teman,

Ayuh!

Marilah kita sama-sama menggunakan nafas ini untuk tujuan kebaikan. Allah tidak menciptakan kita untuk tujuan yang sia-sia!

IzzahZulaikha

Mahallah Asma, UIAM.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

May 2009
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: