Cinta Kedamaian

Bekalan Untuk Generasi

Posted on: May 29, 2009

 

“Tidak sepatutnya bagi seorang yang Mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang yang memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat berjaga-jaga.”

At-Taubah: 122

rbpt-mukadepan

sumber

Alhamdulillah, minggu lepas saya sempat menghabiskan sebuah Travelog Tarbiah tulisan Ustaz Hasrizal (saifulislam.com) yang bertajuk Rindu Bau Pohon Tin. Membaca travelog ini benar-benar membuatkan saya turut merasakan kembara ke bumi Jordan! Subhanallah! Tahniah buat Ustaz!🙂

 Ermm…adakah perkataan “TRAVELOG” ini berasal dari kombinasi perkataan “Travel” + “Blog”?

Mengimbau kembali saat buku ini dipromosikan di saifulislam.com, saya menyatakan kepada seorang sahabat. “Mesti Beli!”

Seringkali buku atau tulisan-tulisan tentang pengalaman seseorang menjadi kegemaran saya. Bukan untuk menjadi koleksi bacaan semata-mata, tapi yang lebih penting dan utama adalah untuk kita belajar dari pengalaman walaupun ia milik orang lain. Belajar dan terus belajar!

 Anda perasan tak di mana saya kategorikan blog saifulislam.com di sebelah kanan bahagian blog ini?

:) BEST! Jika anda belum mengunjunginya…mari! Hanya dengan satu klik!

 

Artikel Pilihan

Ada di antara artikel-artikel dalam travelog ini yang telah saya baca. Bukan sekali tapi berkali-kali kerana mesej yang hendak disampaikan oleh penulis begitu besar dan menyentuh hati kecil saya.

Artikel-artikel seperti  Musuh Allah Berijazah Syariah, Bukan Tempat mencari Jantan, Kehendak-Nya Mereka Pergi, Rencah Bawang dan Garam Perantauan, dan artikel Agar Kaumku Beringat-ingat benar-benar menyentuh hati kecil saya. Semua membuatkan perasaan ini bercampur-baur. Seperti menonton filem, pembaca turut terheret untuk  merasai segala rasa-rasa yang di alami oleh penulis! 

Nasihat saya kepada anda, bacalah artikel-artikel dari travelog ini dengan mata hati. Semoga dengan izinNya, banyak pengajaran yang mampu kita perolehi.

Bacalah! Bacalah… dengan nama Tuhan yang Menciptakan!

 

Meneruskan Pengajian

Alhamdulillah, saya masih meneruskan pengajian di semester 3 sekarang di Taman Ilmu dan Budi. Ramai di kalangan sahabat-sahabat yang sudahpun  tamat pengajiannya. Tahniah! Semoga Allah memudahkan setiap urusan kalian, insyaAllah.

Semester ini adalah semester bahasa untuk saya. Meneruskan pengajian subjek Bahasa Arab dan Bahasa Melayu. Alhamdulillah, dalam keadaan jadual kelas yang agak padat terutama Bahasa Arab, masih banyak di sana ruang-ruang untuk menghadiri kuliah ilmu yang tidak formal. Masih banyak kesempatan untuk menghabiskan bacaan-bacaan yang tersadai di rak buku di bilik. Masih dikurniakan kesempatan untuk bersosial dengan teman-teman yang turut berkongsi visi yang sama dalam meninggikan agama.

Thank you Allah for everything!

 

Rinduku Pada Subjek Di Jabatan Sejarah Dan Tamadun

Tiada satupun subjek sejarah yang saya ambil semester ini.

Pada awal semester, saya berhajat juga untuk hadir ke kelas-kelas di jabatan History and Civilization walaupun bukan sebagai pelajar ‘berdaftar’ kelas tersebut. Melihat kepada jadual kelas-kelas semester ini saat mengujungi office department membuatkan saya terpaksa bersabar kerana subjek-subjek tersebut bertembung dengan jadual kelas Bahasa Arab dan Bahasa Melayu.

Nampaknya, saya perlu melepaskan rindu ini dengan belajar secara informal sahaja. Apapun, Alhamdulillah!

InsyaAllah, semester depan, subjek History of the Ayubids & Mamluks bakal saya ambil. Ia bakal diajar oleh Prof. Kopanski lagi. Sukar nak dijangka, keputusan peperiksaan untuk subjek Relations between the Muslim World & Medieval Europe yang saya ambil dengan beliau semester lepas mendapat lebih dari yang saya jangkakan. Thank you, Prof. Alhamdulillah.

Apa khabar agaknya Prof. sekarang? Di negara mana pula beliau hari ini? Semester lepas beliau menyatakan untuk travel sepanjang semester ini dan bakal pulang semester depan insyaAllah. Pasti banyak yang beliau perolehi dari hikmah kembara!

Saya yakin jika kalian mengenali beliau, kalian juga akan ‘jatuh cinta’ dengan beliau apatah lagi pendekatan beliau yang lebih kepada seorang ayah berbanding pendekatan biasa seorang pensyarah tatkala berada dalam lapangan ilmu.

 

History of the Ayubids & Mamluks

Apa yang anda fikirkan tatkala membaca tajuk kecil di atas?

Mamluks…? Ayubids…? Ayubi…? Salahuddin al-Ayubi..?🙂

Untuk permulaan, biarlah saya hidangkan kepada anda pengenalan kepada seorang mujahid agama yang bukan calang-calang pahlawan.

Lirik nasyid ini ditulis oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Salahuddin al-Ayubi

Malammu disinar solat munajat
Siangmu dihias lonjakan jihad
Pembela insan yang miskin dan lara
Kemelut yang menyelubungi
Dalam sirah ummah
Kau ungkai dengan fatwa nubuwwah

Pernah kembara bagai pelarian
Akhir bertakhta penuh kemuliaan
Berkurung dendam demi keamanan
Bergemalah bumi Anbia
Takbir kemenangan
Menjulang iman hapus kemungkaran

Walaupun seisi dunia
Melutut di tapak kakimu
Tetapi kau pergi tanpa sisanya untuk
Diwarisi Quran Hadith terpasak di kalbumu
Syair puisi pelembut rasamu
Tinta senjata lakaran mindamu
Darah juga airmatamu
Dakwat yang mewarna
Lembaran agung insan terulung

Jasamu Salahuddin
Bagai kasturi mewangi
Harumannya melewati
Baitul Maqdis
Walaupun jasadmu tiada
Semangatmu tetap menyala
Kekal menjadi aspirasi
Mujahid kini dan selamanya

Malammu disinar solat munajat
Siangmu dihias lonjakan jihad
Pembela insan yang miskin dan lara
Kemelut yang menyelubungi
Dalam sirah ummah
Kau ungkai dengan fatwa nubuwwah
Kaulah satria, kaulah perwira Fisabilillah.

 

Semester ini tidaklah terlalu panjang. Durasinya cuma lebih kurang dua bulan sahaja sedangkan silibus setiap subjek agak banyak dan perlu dihabiskan. Semoga Allah memudahkan urusan ini dan membantu kami (para penuntut ilmu) dalam meraih ilmu dari lautan ilmuNYA yang Maha Luas. Amin.

 

“Timur dan barat itu kepunyaan Allah, maka ke mana pun kamu menghadap, di situlah wajah Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Luas.”

Al-Baqarah: 115

 

2 Responses to "Bekalan Untuk Generasi"

Ermm…adakah perkataan “TRAVELOG” ini berasal dari kombinasi perkataan “Travel” + “Blog”?

Travel = kembara, kelana, musafir atau perjalanan menuntut ilmu.

Log = catatan harian (bukan blog ye (”,))

saudari zatil,
syukran🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

May 2009
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: