Cinta Kedamaian

Agar Kamu Belajar!

Posted on: June 6, 2009

Artikel Muhammad al-Fatih: Bagaimana Baginda Terbentuk bertarikh 26 Mei 2009 segera dibuat salinan. Untuk simpanan dan rujukan. Tulisan panjang dan tidak berat YB Husam Musa ini berbentuk analisa kekuatan yang ada pada baginda Sultan termasuk kerajaannya dalam merealisasikan sabda Rasulullah s.a.w.

Turut dimuatkan kajian terhadap kekuatan musuh di Kota Konstantinopel.

Jarang benar pemimpin politik mengupas sejarah secara terperinci.

*sila klik tajuk artikel di atas untuk bacaan penuh.

Belajar dari Sejarah

“Awak suka filem ini?” soal Prof. kepada saya. Sebahagian pelajar sudahpun meninggalkan Main Auditorium Dar al-Hikmah, UIAM usai menonton filem tersebut. Filem berkisar tentang kebobrokan institusi agama yang berlaku pada Zaman Kegelapan Eropah atau dikenali juga sebagai Zaman Pertengahan Eropah.

“Tidak. Filem ini mengandungi … …” saya menjawab dengan terang dan jelas lagi berhujah di hadapan Prof.

“ This is about kuffar!” Prof. membalas dan membantah hujah saya. Berulang kali Prof. mengulang hujah tersebut.

Saya akur.

Sebenarnya beliau menyampaikan mesej besar di sebalik hujah beliau iaitu “Kenali musuhmu!”

Tidak cukup mengenali dan mengkaji kekuatan kita tapi mengkaji dengan serius kekuatan pihak musuh.

Variasi Topik Kajian

Kuda, topi perang, dan pelbagai lagi tajuk kajian diberikan kepada pelajar. Pelik dan mengundang kelucuan kepada kami, penuntut kelas ini. Prof masih dengan cara santai memberikan topik yang bermacam-macam itu. Saya menanti dengan sabar topik yang bakal dikaji.

“You…veils in Medieval Europe!” ujar Prof. sambil memandang tepat ke mata saya.

Tajuk tersebut berulang kali saya fikirkan setelah diberi. Berulang kali saya bertanya kepada Aisah yang ditakdirkan turut berada di kelas yang sama berkenaan tajuk ini. Beliau nampaknya ‘lebih beruntung’ apabila diberikan tajuk Veils in Muslim World.

“Veils in Medieval Europe..?” tidak pernah saya fikirkan. Sesuatu yang asing pada Muslim masa kini apatah lagi manusia-manusia Eropah itu! Sehinggalah kegusaran saya berakhir tatkala menemui bukti-bukti pemakaian purdah oleh kaum wanita di Eropah pada zaman ini dan asbab pemakaian. Penemuan yang mengujakan!

Hikmah di sebalik Tulisan YB Husam

Artikel ini berulangkali saya baca dan hayati. Kembali saya hubungkan kepelbagaian topik kajian dan ilmu yang Prof. berikan kepada kami semester lepas.

“Agar kamu belajar!”.

“Saya mahu awak menjadi pelajar terbaik kelas ini.” Ujar Prof. selesai saya menjalani Ujian Peta (Map Test).

Saya pulang ke Mahallah Asma dengan titisan airmata yang tak mampu saya tahan. Besar dan berat amanah ini. Harapan guru terhadap muridnya.

Dan ini harapan saya…

Para pembaca yang saya kasihi,

Saya mengajak kalian bersama saya untuk melihat sejarah terutama sejarah umat ini. Jika kalian benar-benar menghayati sejarah umat ini, kalian akan lebih banyak menangis daripada bergelak-ketawa.

Dan…menangislah apabila itu mampu membangkit kesedaran bahawa agama inilah yang menjanjikan kejayaan di dunia dan akhirat. Ini bukan janji saya tapi janji Tuhan!

Musuh Islam telah lama belajar tentang umat ini (umat Islam) dan mengambil manfaat untuk menjatuhkan kita. Belajar dengan sejarah yang berlaku ke atas umat ini sehingga terjadilah apa yang kita lihat sekarang apabila seringkali kita menjadi mangsa. Terpedaya dan diperdaya.

Manusia yang tegar kekuatan imannya, tidak akan membiarkan umat ini terus hanyut. Mari! Bangkitlah bahu-membahu membantu dalam perjuangan meninggikan agama ini!

3 Responses to "Agar Kamu Belajar!"

Salam buat bakal historian…

Pejuang Islam dulu-dulu banyak mengkaji kekuatan dan kelemahan musuh serta bermuhasabah tentang peluang dan ancamannya.
Pejuang zaman sekarang banyak menghentam sesama sendiri dan mengagumi musuh.

kalau tak silap, pihak pemerintah dan paderi zaman medieval europelah yang ‘mengharamkan’ masyarakat mereka dari berfikir serta banyak bertanya. Memenjarakan akal fikiran dengan kebatilan…

Salam ziarah dan Mahabbah… tahniah kerana anti telah mendapat banyak mutiara hikmah melalui pembacaan & penelitian tentang sejarah. Sejarah mampu membuatkan kita kagum dengan sesuatu pencapaian tamadun lalu, malah sejarah juga ibarat buku ‘report card’ kemanusiaan sejagat. Jatuh bangun sesebuah bangsa, tamadun dan peradaban, dan dalam masa yang sama munculnya pembawa Berita Benar dari langit iaitu Para Anbiya’ terpaksa berdepan dengan keangkuhan manusia pembina tamadun itu sendiri. Galilah kisah-kisah al Quran sehingga kita benar-benar faham sebuah hakikat bahawa tidak akan wujud sesebuah tamadun sehingga manusia menjadi semakin angkuh dan sombong kepada Pemilik alam ini. Lalu datanglah peringatan sebelum tiba pula sebuah kemusnahan total.

Dr. Nadzirah yang kukasihi,

Terima kasih atas kunjungan ke blog yang masih kekurangan ini…

Saya menyetujui pandangan Dr.
Mohon tunjuk ajar dan doa dari Dr.

Terima kasih sekali lagi.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

June 2009
M T W T F S S
« May   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
%d bloggers like this: