Cinta Kedamaian

Karya Sulung Ustaz Dzul

Posted on: June 12, 2009

“Wahai kaumku, demi Allah. Sesungguhnya keadaan kita sekarang, seolah-olah kita bencikan apa yang kita mahukan selama ini iaitu mati syahid. Kita menentang mereka bukan dengan mengandaikan berapa jumlah mereka dan apa kekuatan kita. Sebaliknya kita berjuang kerana Islam yang kita dimuliakan Allah dengannya. Maka ayuhlah kita bergerak, di hadapan kita terbentang dua jalan. Sama ada mati syahid atau mencapai kemenangan.”

Abdullah bin Rawahah r.a.

Seringkali kata-kata seorang manusia menjadi pembakar semangat kepada manusia lainnya. Seringkali juga kata-kata itu menjatuhkan dan meruntuhkan semangat yang telah teguh binaannya. Justeru, tidak hairanlah muncul pula kata-kata seperti “Lidah lebih tajam dari mata pedang!”

Namun, di sebalik pelbagai kata-kata yang kita temui dalam hidup ini, tidak adalah yang lebih baik kata-katanya selain Qalam Allah dan Qalam Rasul s.a.w.

Sepanjang mengenali Ustaz Dzul, saya cuma berpeluang mendengar ceramah beliau tidak sampai dari sepuluh kali. Walaupun begitu, setiap kali mendapat khabar tentang ceramah yang bakal beliau hadiri, seboleh-bolehnya saya cuba untuk turut serta menjadi pendengar dan penuntut ilmu dalam ceramah yang beliau sampaikan. Orangnya bertubuh kecil, tapi apabila berbicara, mampu membuatkan jiwa-jiwa manusia yang mendengarnya ter‘bakar’! 🙂

BUKU DZUL copy

Alhamdulillah, hari ini sebahagian dari karya sulung beliau telah sempat saya habiskan. Buku 50 Kata-kata Tokoh Berpengaruh tulisan Presiden Gamis ini memaparkan kata-kata pelbagai tokoh yang diselak dari helaian sejarah umat Islam dan dikupas oleh beliau dengan olahan ringan dan segar. Tatkala pemuda-pemudi (Muslim) di Malaysia mencari-cari susuk tubuh untuk dijadikan contoh terbaik dari pelbagai aspek, marilah kita kenalkan mereka dengan manusia-manusia mulia yang bukan sahaja dipandang mulia di kalangan penduduk bumi tetapi juga makhluk di langit!

Mudah-mudahan dengan pengenalan kepada tokoh-tokoh berpengaruh tersebut melalui buku ini menjadi pembuka kepada ruang yang lebih besar dalam menonjolkan manusia-manusia hebat di dalam sejarah umat.

Tahniah buat Ustaz Dzul Khairi Mohd Noor 🙂

*untuk pembelian boleh berhubung terus di:

dzulkhairi.blogspot.com

Ustaz Syaari (Gamis): 013- 6280186

Ustazah Fadzilah (UIA): 013-3742991

5 Responses to "Karya Sulung Ustaz Dzul"

salam kak bukan fadhillah la… fadzilah…

Ustazah,
terima kasih atas kunjungan. Pembetulan sudah dibuat.

Salam Su,
Masih menghabiskan karya UZAR ttg formula solat (momentum yg sangat slow)
Boleh bg tips bg laju sikit?🙂

salam Su…
Oohhh..adapun maksud akak ialah – kalau boleh, akak nak minta Su kongsikan apa2 tips bagi membolehkan akak membaca buku2 dgn cepat, laju dan konsisten. Cth, buku formula solat UZAR yg akak beli masa book fair itu masih juga belum berjaya dihabiskan pembacaannya.
Sorry sbb comment x clear🙂

Ummu Izzuddeen,

itu maksud akak..erm, akak perasan tak dalam miggu ta’aruf KUIS baru-baru ini, pelajar dibekalkan dengan sebuah buku berjudul Mahasiswa Abad 21? buku setebal 228 muka surat terbitan Fakulti Pendidikan UKM dan Yayasan Istana Abdulaziz.

Terdapat tulisan-tulisan ilmiah daripada Prof. Dato’ Dr. Syed Hussein al Attas, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Khoo Kay Kim dan pelbagai lagi.

Tulisan Abdul Razaq Ahmad; Mahasiswa dan Pembudayaan Ilmu memaparkan pelbagai teknik bacaan termasuklah Super Accelerated Learning, kaedah SAVI dan KAKI Quantum Learning.

Selamat membaca kak🙂
Mesti seronok kan berada di program MESRA 09?🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

June 2009
M T W T F S S
« May   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
%d bloggers like this: