Cinta Kedamaian

Hiasan Peribadi

Posted on: July 19, 2009

“Bilakah agaknya mampu kusambar gugusan bintang di langit?” dirinya bermonolog sendirian.

“Sedangkan meredah ombak yang mengganas itu pun belum pasti” bisik hatinya melayan perasaan.

Walaupun seseorang itu bermonolog sendirian namun ia masih diketegorikan sebagai sebahagian dari komunikasi. Ya, walaupun dia berbicara dengan dirinya sendiri.

Pembaca yang dikasihi,

Bagaimana manusia hidup tanpa komunikasi?  Betapa hebatnya Allah bilamana manusia yang kurang upaya (OKU) juga mampu berkomunikasi bahkan lebih istimewanya mereka sehingga bahasa isyarat yang digunakan oleh mereka dalam menyampaikan sesuatu sukar pula dimengertikan oleh manusia biasa seperti kita. Apatah lagi dengan ‘kekurangan’ yang ada ditenggelami oleh kekuatan dan kelebihan yang mereka ada dari sudut lainnya. Maha Besar Allah!

Kita sebagai muslim pula bagaimana agaknya dalam menguruskan komunikasi kita? Hari ini saya ingin berkongsi sedikit perihal satu cara komunikasi atau lebih fokusnya percakapan kita sehari-hari. Percakapan  juga merupakan salah satu perkara yang boleh mendorong kita menjadi bintang. Hari ini memang ramai ingin menjadi bintang.

Bukan bintang di langit itu yang saya maksudkan, tetapi  bintang yang lebih tinggi dari  bintang di langit iaitu bintang di hadapan TUHAN. Anda mahu? Teruskan pembacaan anda🙂

Pembaca yang mulia,

Manusia itu sering mendambakan keindahan, kecantikan, kemanisan. Ape-ape aje-lah yang sewaktu dengannya.

tamanManusia sering jatuh cinta pada yang indah-indah! 

 

Bagaimana pula dengan percakapan kita sehari-hari? Sudah kita menghiasinya?

Kita ‘stress’ dengan kata-kata kesat yang dikeluarkan oleh seseorang kepada kita. Kekadang, belum sempat seseorang berbicara atau mengeluarkan kata-kata pelbagai telahan telah hati kita bisikan tatkala memandang manusia yang berdepan dengan kita itu menunjukkan wajah ‘cuka’nya kepada kita.

 

Hiasi Percakapan

Pembaca sekalian,

Mari sebentar melihat firman Allah s.w.t:

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata, “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri”. ”

Al-Fussilat :33

 

Aa Gym dalam bukunya Menjadi Muslim Terbaik membahagikan percakapan atau kata-kata kepada 4:

1.       Perkataan yang bijak

Sekiranya berbicara setiap kata-katanya jelas dan bernilai. Setiap perbualan sarat dengan  ilmu, hikmah dan zikir, sehingga setiap orang yang mendengar merasakan manfaat daripada kata-katanya. Apabila membicarakan sesuatu, dia selalu memberikan sesuatu yang berfaedah kepada orang yang mendengarnya. Kata-kata orang bijak ini selalu dinanti-nantikan. Namun, biasanya orang yang bijak tidak terlalu melepaskan kata-katanya. Bahkan, dirinya lebih senang mendengar orang lain bercakap bagi mengambil hikmah daripada percakapan itu.

 

2.       Perkataan orang biasa

Perbualan kosong tiada asasnya. Segala kejadian yang dilihat dijadikan cerita ataupun dijadikan ulasan. Waktu yang digunakan berkata-kata lebih banyak daripada nilai yang diperoleh. Selama dua jam digunakan untuk berbual kosong, tetapi kesemuanya tiada nilai walaupun sedikit. Contohnya, dia hanya sibuk bercerita mengenai bola sepak, pelanggaran kereta, gosip dan isu serta sesuatu yang tidak ada hikmahnya. Orang yang sibuk bercerita tanpa ada pengajaran, ilmu, zikir adalah orang yang biasa. Orang yang membiarkan waktu berlalu dengan begitu saja. Orang itu berada dalam kerugian.

 

3.       Perkataan orang yang martabatnya rendah

Ia adalah perkataan yang berisi keluhan, hinaan, cacian dan makian. Orang seperti ini sebenarnya tidak pernah menerima semua yang ada di hadapannya. Dia selalu sahaja mencari-cari kekurangan benda si sekelilingnya. Apabila diberi makan bersungut, “Sayang makanan ini kurang panas.” Apabila sudah dipanaskan, “Kurang garam pula,” katanya. Apabila sudah diletakkan garam, merungut pula, “Lebih sedap sekiranya ada kicap.” Dan seterusnya tidak ada yang sesuai dengan kehendaknya.

 

Apabila melihat pada suasana biasa, mereka berkata, “Orang-orang Bandar, ada-ada sahaja kerjanya.” Melihat ustaz pula, “Ah! Kerjanya hanya cakap kosong sahaja.” Semua menjadi perkara yang kurang senang di matanya. Ada orang hanya bercakap mengenai keburukan sahaja. Setiap perkataan yang diungkapkan hanya memperlihatkan kehinaan dirinya.

 

4.       Perkataan orang yang dangkal

Siapakah dia? Ciri-cirinya terdapat pada setiap percakapannya yang kosong itu. Dia lebih sibuk menceritakan kehebatan dirinya sendiri. “Ini adalah jasaku, dia itu aku yang mendidiknya.” Orang seperti ini mahu dirinya dihargai oleh masyarakat sehingga selalu menyebut mengenai kebaikan yang dilakukannya. Orang yang tiada harga diri memang selalu ingin dihargai.

 

Pembaca sekalian,

 

Melihat kepada pembahagian tersebut, agaknya kita di kedudukan mana? Semoga setiap bicara kita senantiasa dalam ketaatan kepadaNya. Fastabikul khairat!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

July 2009
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: