Mengasah Gergaji Melalui Petua Penulisan HAMKA
Posted July 29, 2009
on:
“Saya tiada idea untuk menulis…”
“Bosan…”
“Penulisan saya tak perfect…”
Pembaca yang dihormati,
Ungkapan-ungkapan di atas merupakan alasan-alasan yang kita dengar berkaitan masalah penulis dalam penulisan. Saya juga pernah mengalami situasi seperti di atas.
Apa kata hari ini kita lihat petua yang dikeluarkan oleh Prof. Dr. Hamka yang banyak menulis penulisan yang bermanfaat seperti Di Bawah Lindungan Kaabah, juga tafsir al-Quran iaitu tafsir al-Azhar.
Petua ini saya ambil dari Buku Tip Menjadi Penulis Bestseller tulisan Zamri Mohamad.
- Jelas dengan tujuan menulis dan tetapkan pendirian bagi mencapainya.
- Apabila bercita-cita menjadi penulis, jangan tunggu dan berlengah. Mulakan menulis.
- Tanda-tanda penulis berputus asa adalah sikap mengelak daripada kegagalan dan kekecewaan. Tidak sanggup menangguhkan kepuasan hari ini bagi kemudahan hari esok. Sikap mengelak memberi tanda menjadi penulis bukan jalan hidupnya.
- Apabila kita membaca buku-buku orang lain, ia memberi kekuatan kepada diri kita untuk menulis.
- Membaca dan menulis bergerak serentak.
- Usah berhenti memperbaiki, menambah dan mengembangkan karya. Ini menjadikan hasil tulisan kita bertambah baik berbanding dahulu.
- Berhati-hati dengan individu yang memberi pelbagai jenis teori, kaedah dan teknik sehinggakan saudara takut hendak berkarya. Tulis sahaja dan pada masa yang sama belajar sedikit demi sedikit.
- Usah ditunggu sehingga menjadi penulis yang sempurna. Menulislah dan kesempurnaan akan datang secara berperingkat.
- Hamka membuktikannya apabila menulis buku bertajuk Di Bawah Lindungan Kaabah. Idea asal buku ini datang daripada rakannya. Oleh sebab sikap ragu-ragu kerana merasa diri tidak cukup ilmu, idea itu tidak ditulis oleh rakannya. Sebaliknya Hamka menulis dan menerbitkan terlebih dahulu. Timbul kekesalan oleh rakan itu.
- Motivasi penulis ada naik dan turunnya dalam berkarya. Itu adalah perkara normal. Penulis tidak boleh berputus harap kepada Tuhan. Selagi ada keinginan menulis, turun dan naik dalam berkarya hanya bersifat sementara.
- Penulis mesti melangkaui zaman.
Pembaca yang mulia,
Semoga kita sentiasa bersemangat dalam menulis yang bermanfaat untuk kepentingan dunia dan akhirat. Selamat menulis! Ayuh asahlah gergaji itu!
3 Responses to "Mengasah Gergaji Melalui Petua Penulisan HAMKA"

salam Su,
masih terasa segarnya membaca novel hebat tulisan HAMKA.
oo ye.. su free tak sabtu ni?

July 30, 2009 at 2:10 am
Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan terhadap buku Tip Menjadi Bestseller, semoga ia memberi manfaat kepada semua.
ZAMRI MOHAMAD
Penulis
http://www.zamrimohamad.com
August 2, 2009 at 10:04 am
Saudara Zamri,
Terima kasih kembali atas lawatan 🙂