Cinta Kedamaian

Bangkitlah Dari Tidur Yang Lena

Posted on: August 9, 2009

 peta

 

Sabda Nabi S.A.W:

Perbandingan kaum Mukmin pada berkasih sayang, beremosi dan berbelas ihsan sesama mereka, adalah seperti satu batang tubuh. Apabila mangadu (sakit) mana-mana bahagian tubuh itu, nescaya akan terkesanlah ia kepada seluruh tubuh dengan berjaga malam tiada upaya tidur lagi demam.”

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

 

Pembaca yang mulia,

Saya tersentuh saat membaca petikan sebuah syair yang ditulis dalam sebuah buku,

 

“Bukan al-Qur’an untuk Islam

Bukan dunia untuk Islam

Tapi al-Qur’an dan Islam untuk dunia

Islam merindukan perdamaian dan kebahagiaan sejati

Bersama dengan yang lain.”

 

Menyoroti Sejarah Umat Ini Dengan Kemuliaan Yang Diajarkan Islam

Khalifah Islam terbilang, Umar al-Faruq yang memerintah dua per tiga dunia ketika zaman pemerintahannya sebagai khalifah kedua setelah Abu Bakr as-Shiddiq merealisasikan kata-katanya,”

“Kalau rakyatku kelaparan, aku ingin menjadi orang yang pertama yang merasakannya. Kalau rakyatku kekenyangan, aku ingin menjdi orang terakhir menikmatinya.”

Manakala tatkala berlakunya ketidakadilan terutama dalam sistem pentadbiran dan sistem kewangan pada dekad-dekad akhir pemerintahan Kerajaan Umayyah, seorang pemimpin bernama Umar Abdul Aziz, pemimpin yang sangat taat kepada ajaran agama ini tegas menyatakan,

“Allah menghantar RasulNya sebagai petunjuk bukan sebagai pemungut cukai!”.

Dan beliau mengubah polisi yang menzalimi rakyat ketika itu dengan kembali menegakkan kebenaran dan keadilan bersandar pada al-Quran dan Sunnah.

Saat seorang pahlawan Islam berstatus sultan iaitu Sultan Salahuddin al-Ayyubi membuka kota Jerussalem pada 1187, beliau diceritakan oleh Karen Amstrong dalam bukunya Holy War:

Tak ada satu orang Kristian pun yang dibunuh dan tidak ada perampasan. Salahuddin bahkan menangis tersedu-sedu kerana mengenangkan keluarga-keluarga yang hancur dan binasa akibat perang. Saudara lelakinya, Al-Malik Al-Adil bin Ayyub, juga sedih melihat penderitaan para tawanan sehingga dia meminta Salahuddin untuk membawa seribu orang di antara mereka dan membebaskannya saat itu juga. Beberapa pemimpin Muslim sempat tersinggung karena orang-orang Kristian yang kaya melarikan diri dengan membawa harta benda, yang sebenarnya mampu digunakan untuk menebus semua tawanan. Salahuddin meminta agar semua orang Nasrani Latin (Katholik) meninggalkan Baitul Maqdis. Sementara kalangan Nasrani Ortodoks yang bukan sebahagian dari Tentera Salib tetap dibiarkan tinggal dan beribadah di kawasan itu.”

 

Realiti Umat Tatkala Ini

Pembaca yang dikasihi,

Apabila kita membeli sesuatu barangan sebagai contoh peralatan-peralatan yang berteknologi tinggi, pastinya kita turut dibekalkan dengan sebuah buku untuk rujukan pembeli dan pengguna. Rujukan digunakan agar alatan yang dibeli dapat digunakan dengan baik. Ada do dan don’t nya. Tidak ada yang tahu peranan dan bagaimana penggunaannya kecuali apabila adanya sebuah rujukan yang komprehensif. Bahkan hanya pereka alatan yang benar-benar tahu mengapa beliau mereka alat tersebut, bukan?

Jika saya boleh menganalogikan perkara di atas dengan penciptaan manusia di bumi dan peranan manusia itu sendiri.

Ingatan kepada diri tentang firman Allah yang mulia dalam surah az-Zariyat ayat 56 yang bermaksud,

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu.”

Juga dua perkara yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w kepada umatnya iaitu al-Quran dan Sunnah untuk jaminan keselamatan untuk umat ini.

Sejarah telah membuktikan bahawa dekatnya muslim kepada dua perkara ini menjadikan mereka umat mulia sehingga mampu membina tamadun yang hebat yang bukan sahaja memberi manfaat kepada muslim tetapi juga turut mampu memberi  keadilan kepada bukan muslim menurut neraca al-Qur’an dan Sunnah, tetapi saat umat menjauhkan diri dari kedua-duanya maka tunggulah saat kehancuran demi kehancuran berlaku.

Jujurnya, saya melihat keadaan ini saat melalui lembaran-lembaran sejarah yang berlaku ke atas umat sehingga kini.

Hari ini, kita melihat kezaliman dan ketidakadilan masih terus berlaku dan menimpa umat Islam terutama di negara-negara yang populasi penduduk muslim di kawasan tersebut adalah minoriti. Adakah kita benar-benar cakna atau peduli tentang mereka yang diibaratkan sebagai satu tubuh, yang apabila satu bahagian terasa sakit maka sakitlah seluruhnya?

Saya memuji kerajaan Malaysia yang turut menyokong rakyat Palestin dan memberi liputan meluas terhadap isu Palestin. Bahkan rakyat negara ini juga turut prihatin. 

Namun, adalah lebih baik apabila kerajaan dan seluruh muslim turut tidak mengkesampingkan isu-isu umat Islam lainnya. Konflik masih berlaku pada umat ini di tempat lain-lainya seperti di Afghanistan, Xinjiang, Chechnya, dan beberapa lagi di negara-negara yang mempunyai minoriti muslim  termasuk yang paling dekat dengan Malaysia nun di sebelah Kelantan iaitu Wilayah Selatan Thai.

Mengapa hanya isu Palestin yang dibangkitkan?

Adakah di sana ada pula polisi-polisi yang perlu dipatuhi sehingga ia dilihat lebih penting daripada misi kemanusiaan dalam membantu rakyat yang dizalimi?

Atau bagaimana?

Cukupkan sekadar mencoret berita-berita yang menimpa umat ini justeru diam membisu lalu isu ini hilang begitu sahaja?

 

ukhuwwah

 

Saya meninggalkan para pembaca yang dikasihi dengan sebuah firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 52 yang bermaksud,

“Dan milikNya apa yang di langit dan di bumi, dan kepadaNyalah ibadah selama-lamanya. Maka mengapa kamu takutkan yang selain Allah?”

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

August 2009
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: