Cinta Kedamaian

Kerana Dirimu Begitu Berharga

Posted on: August 29, 2009

Salam Ramadhan.

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari kelapan kita berada dalam sebuah bulan yang mulia iaitu Ramadhan. Masih dalam Fasa pertama yang dirasakan cepat benar berlalu hari-harinya.

Semester ini, saya sengaja mencabar diri dengan mengambil bilangan subjek yang agak banyak dari kebiasaan. Kesempatan untuk berdepan dengan buku-buku bukan akademik adalah kesempatan yang ingin saya raih. Berdepan dengan bacaan-bacaan ilmiah yang berat  (buku-buku akademik khususnya) sesekali mengundang ‘ketegangan’ pada saya. Justeru, proses ‘mengecas bateri’ melalui bahan-bahan di luar lingkungan ini amat saya dambakan.

Status Wanita

Pembaca yang mulia,

Kedatangan Islam meninggikan kedudukan wanita  sesuai pada tempatnya. Islam memberi penghoramatan dan layanan yang baik kepada wanita.

Apabila kita menoleh sebentar pada zaman atau tamadun sebelum kedatangan Islam, kita mungkin akan terkejut dengan status wanita pada zaman tersebut. Namun Islam datang dengan memuliakan makhluk bernama wanita.

Marilah sebentar kita mengkaji status wanita sebelum kedatangan Islam.

Ketika Tamadun Babylon, martabat wanita menjadi rendah dan dinafikan haknya. Sebagai contoh, jika seseorang lelaki membunuh seorang lelaki atau wanita, bukan lelaki tersebut yang dibunuh sebaliknya isterinya yang akan dihukum mati.

Status wanita dalam Tamadun Yunani juga dipandang rendah dan dilucutkan haknya. Bahkan kaum Yunani menganggap wanita seperti binatang dan lebih rendah martabatnya daripada lelaki. Pelacuran menjadi amalan biasa di kalangan masyarakat ketika itu.

Seseorang lelaki berhak mengambil nyawa isterinya. Hal ini berlaku ketika Tamadun Rom mencapai kemuncak kegemilangannya.

Ketika Tamadun Mesir, wanita dianggap jahat dan petanda syaitan.

Manakala sebelum kedatangan Islam di Tanah Arab, anak perempuan yang dilahirkan ditanam hidup-hidup.

Di Eropah, ‘suara wanita’ mula kedengaran pada sekitar abad ke 18.

Sedangkan Islam telah mengangkat status wanita dan memberi hak mereka lebih dari 1400 tahun dahulu!

Sebuah Buku Untuk Wanita

Pembaca yang dihormati,

PJ-0543l

“Sungguh tidak mungkin seorang wanita muslimah mampu membina keluarga yang kuat kecuali dia istiqamah terhadap agamanya dan menjunjung tinggi nilai-nilai yang terkandung dalam Kitabullah dan sunnah RasulNya.”

Petikan kata pengantar oleh Syeikh Majdi Fathi Ibrahim (50 Pesan Rasulullah S.A.W Kepada Kaum Wanita)

Alhamdulillah, kesempatan yang ada pada hari-hari di awal Ramadhan, memberi  peluang untuk saya kembali menyelak helaian-helaian sebuah buku (edisi Bahasa Melayu) yang disusun oleh Syeikh Majdi Fathi Ibrahim bertajuk 50 Pesan Rasulullah S.A.W Kepada Kaum Wanita.

Tidak semestinya para wanita sahaja yang perlu membacanya, bahkan kaum Adam sebagai pemimpin dan ketua keluarga sangatlah dialukan untuk mendengar pesan-pesan Rasulullah s.a.w. ini.

Kata-kata Baginda s.a.w untuk manfaat kita semua.

Melihat kepada judul buku, buku ini mengandungi  50 bab. Ia merupakan wasiat-wasiat sahih dari Rasulullah s.a.w yang disampaikan untuk kaum wanita.

Buku ini dimulai dengan bab Selamatkan Dirimu Dari Neraka dan diakhiri dengan bab ke-50 iaitu Camkanlah Wasiat Terakhir Ini. Beberapa bab lain adalah Jauhkan Dirimu Dari Dosa-dosa Kecil, Berbekallah Dengan Taqwa dan Berhiaslah Dengan Sikap Lemah Lembut, Tempuhilah Jalan Menuju Syurga, dan Junjunglah Tinggi Etika Islam Yang Luhur.

Kelebihan buku ini adalah selain mengemukakan hadith-hadith Rasulullah s.a.w, ia turut disertakan dengan analisa dan huraian juga contoh bagi memudahkan pembaca memahami dan menjalaninya secara mudah.

Pada pandangan saya, ia merupakan buku yang baik untuk dijadikan rujukan terutama bagi kaum wanita apatah lagi dengan suasana dan cabaran yang pelbagai pada abad ini. Semoga beroleh kebaikan!

Wanita…  anak, isteri, dan ibu yang juga pembentuk  para generasi!

Beberapa rujukan lain:

  1. 20 Soalan Paling Lazim Tentang Islam oleh Dr. Zakir Abdul Karim Naik
  2. Western Civilization: A Brief History (5th Edition) oleh Marvin Perry
  3. Artikel Hak Wanita: Antara Hukum Tuhan dan Pelaksanaan Insan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

August 2009
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: