Cinta Kedamaian

Cinta Di Rumah Hasan al-Banna

Posted on: October 8, 2009

Cinta Di Rumah Hasan al-Banna

As-Syahid Hasan al-Banna, pengasas kepada gerakan al-Ikhwan al-Muslimun. Nama ini terus harum dan disebut-sebut di kalangan kawan dan lawan apatah  di kalangan manusia yang tegar cintanya pada agama ini. Beliau merupakan figur contoh untuk umat ini melihat bahawa agama ini masih mampu menghasilkan manusia-manusia hebat sepertinya.

Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T saya selesai menghabiskan bacaan dari sebuah buku tulisan Ustaz Muhammad Lili Nur Aulia. CINTA DI RUMAH HASAN AL-BANNA. Itu tajuk buku setebal 75 muka surat (edisi Bahasa Melayu) terbitan Alam Raya Enterprise.

Cinta di Rumah Hasan al-Banna menceritakan kepada pembaca tentang pengalaman manusia-manusia yang paling rapat dengan beliau. Pandangan anak-anak beliau, terutama Wafa, Saiful Islam dan Tsana yang sempat bersama-sama dengan beliau tatkala hayatnya.

Buku ini menampilkan kelainan tersendiri apabila membawa pembaca mengenali peribadi Hasan al-Banna dengan lebih dekat, dari rumahnya sendiri sebagai seorang ayah yang padat dengan tugas-tugas dakwah namun tidak melupakan tanggungjawabnya  terhadap keluarga.

Buku ini dimulakan dengan dua buah kisah yang berlaku ke atas Khalifah Umar al-Khattab dengan seorang bapa dan anaknya, juga kisah Khalifah Umar Abdul Aziz bersama anaknya sebagai renungan kepada pembaca.

Ia juga memaparkan aktor-aktor penting di sebalik proses ketokohan Hasan al-Banna termasuklah kedua ibubapa dan isteri beliau sendiri. Namun, fokus buku ini lebih kepada pengalaman beliau mentarbiyah anak-anaknya dan hal ini dilihat dari kacamata anak-anak beliau sendiri.

Bab keempat akan membawa pembaca untuk bertamu ke rumah Hasan al-Banna, mengenali anak-anak beliau, juga isteri yang memberi  seluruh kepercayaan dan sokongan kuat pada perjuangannya untuk menegakkan Islam di muka bumi.

Bab kelima iaitu Didikan Hasan al-Banna kepada Anak-anaknya akan memperlihatkan kepada pembaca didikan dan kasih sayang Hasan al-Banna kepada keluarganya dengan menyemai cintanya melalui teladan. Dalam kesibukan dengan tugasan mengajak manusia kepada Allah S.W.T, beliau masih punya masa untuk makan bersama keluarga, menguruskan kehidupan anak-anaknya termasuk persekolahan, kesihatan, kewangan. Melalui bab ini, pembaca akan melihat bagaimana halusnya pendekatan yang digunakan beliau terhadap anak-anaknya sehingga dikatakan beliau telah menunaikan hak-hak keluarga dengan sangat baik.

Pembaca yang dikasihi,

Buku ini sangat baik isi kandungannya dan saya mencadangkan agar anda membacanya sekaligus mengambil manfaat melalui  karakter yang ditonjolkan beliau, as-Syahid Hasan al-Banna. Selamat membaca!

“Dan hendaklah takut (kepada Allah) orang-orang yang sekiranya mereka meninggalkan keturunan yang lemah di belakang mereka yang mereka khuatir terhadap (kesejahteraan) nya. Oleh itu, hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka berbicara dengan tutur kata yang benar.”

An-nisa’: 9

3 Responses to "Cinta Di Rumah Hasan al-Banna"

salam..
kat mana nak dapat buku i?
saya berminat untk memilikinya..

salam..
boleh lebih spesifik..
contohnya..
maaf ye..

gmna ni beli yng murah ,,bukunya masih banyakn ga ni?..salam sejahtera selalu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

October 2009
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: