Cinta Kedamaian

Archive for December 2009

 

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” 

Al-‘Alaq: 1-5

 

 

Sem 2, 09/10

Colonialism in the Muslim World

Indonesian History from 1500 C.E

Muslim Nation in Contemporary History

Modern History of Southeast Asia

Islamic Civilization

Intermediate Quranic for HS V

Introduction to Usul al-Fiqh

Alhamdulillahi rabbil ‘alamiin. Minggu pertama semester 2, sesi 09/10 usai. Tujuh subjek di atas telah saya daftarkan untuk semester ini. Pengajaran di kelas juga sudah bermula sejak hari Isnin lagi. Bahkan ada subjek yang telah pun disediakan tarikh-tarikh penting (class project, assignment, presentation, mid-term test)  untuk persediaan kepada pelajar.

Alhamdulillah, semester ini saya berpeluang sekali lagi menuntut ilmu dari seorang pensyarah yang saya hormati di Jabatan Sejarah dan Tamadun. Beliau berasal dari Iraq dan bidang pengkhususan beliau adalah arkeologi. Saya mengambil subjek Survey of Ancient Civilization beberapa semester lepas. Semester ini saya mengambil subjek Islamic Civilization dengannya. Beliau yang saya maksudkan adalah Prof. Dr. Ghassan Taha Yasin.

Peringatan Demi Peringatan untuk Anak-anak

Prof. Kopanski, Dr. Abdul Rahman Tang Abdullah dan Prof. Ghassan Taha bagi saya adalah tiga nama pensyarah di Jabatan Sejarah dan Tamadun yang gemar ‘membasuh’ pelajar dengan pendekatan masing-masing. Membasuh minda dan hati anak-anak agar sentiasa sedar dan beringat-ingat untuk memaknakan kehidupan. Menyelongkar kembali sejarah umat agar tidak lalai dan leka dengan usia muda. Kalau nak menangis waktu tu pun, menangislah! Kalau nak marah, marahlah pada diri sendiri!

Read the rest of this entry »

Advertisements

December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031