Cinta Kedamaian

Terus Memburu Ilmu

Posted on: December 13, 2009

 

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” 

Al-‘Alaq: 1-5

 

 

Sem 2, 09/10

Colonialism in the Muslim World

Indonesian History from 1500 C.E

Muslim Nation in Contemporary History

Modern History of Southeast Asia

Islamic Civilization

Intermediate Quranic for HS V

Introduction to Usul al-Fiqh

Alhamdulillahi rabbil ‘alamiin. Minggu pertama semester 2, sesi 09/10 usai. Tujuh subjek di atas telah saya daftarkan untuk semester ini. Pengajaran di kelas juga sudah bermula sejak hari Isnin lagi. Bahkan ada subjek yang telah pun disediakan tarikh-tarikh penting (class project, assignment, presentation, mid-term test)  untuk persediaan kepada pelajar.

Alhamdulillah, semester ini saya berpeluang sekali lagi menuntut ilmu dari seorang pensyarah yang saya hormati di Jabatan Sejarah dan Tamadun. Beliau berasal dari Iraq dan bidang pengkhususan beliau adalah arkeologi. Saya mengambil subjek Survey of Ancient Civilization beberapa semester lepas. Semester ini saya mengambil subjek Islamic Civilization dengannya. Beliau yang saya maksudkan adalah Prof. Dr. Ghassan Taha Yasin.

Peringatan Demi Peringatan untuk Anak-anak

Prof. Kopanski, Dr. Abdul Rahman Tang Abdullah dan Prof. Ghassan Taha bagi saya adalah tiga nama pensyarah di Jabatan Sejarah dan Tamadun yang gemar ‘membasuh’ pelajar dengan pendekatan masing-masing. Membasuh minda dan hati anak-anak agar sentiasa sedar dan beringat-ingat untuk memaknakan kehidupan. Menyelongkar kembali sejarah umat agar tidak lalai dan leka dengan usia muda. Kalau nak menangis waktu tu pun, menangislah! Kalau nak marah, marahlah pada diri sendiri!

Sepanjang pengalaman belajar dengan Prof. Ghassan Taha, beliau tidak lupa untuk memulakan kelas pengajian dengan tazkirah ringkas di awal waktu. Sekitar lima hingga sepuluh minit dimanfaatkan untuk itu. Seringkali terbit dari bibir beliau ayat-ayat al-Qur’an, hadith-hadith Rasul s.a.w, dan zikir-zikir mudah yang berat timbangan pahalanya di sisi Allah seperti Subhanallah! Disusuli kata-kata semangat dan motivasi yang mampu menggugah jiwa. Kebanyakan pelajar juga mudah untuk mendekati beliau apatah lagi dengan wajah beliau yang murah dengan senyuman itu🙂

Alhamdulillah, semester ini Prof. masih dengan caranya yang sama. Saya menyenangi pendekatan ini. Jika sebelum ini saya belajar tentang kepelbagaian tamadun seperti Mesopotamia, Mesir, China dan Survey of Ancient Civilization, namun bagi subjek Islamic Civilization ia akan membantu pelajar memahami konsep Tamadun Islam itu sendiri dan bagaimana ia memberi kesan kepada kehidupan termasuklah pentadbiran, ekonomi, ketenteraan, pendidikan dan kesannya terhadap Tamadun Barat. Bermula dengan pengertian Tamadun, perkembangan Tamadun Islam, pentadbirannya, peranan institusi kewangan sehinggalah kepada interaksi antara Tamadun Barat dan Tamadun Islam, dan cabarannya.

Rabbi zidni ‘ilma! Ameen.

Pembaca yang mulia,

Masih banyak yang saya ingin kongsikan. Doakan saya  agar punya kesempatan untuk pengisian yang bermanfaat ke dalam blog ini ya!:)

4 Responses to "Terus Memburu Ilmu"

Bacalah ..

Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan

Teruskan berusaha dan semoga beroleh kecemerlangan.

salam perjuangan🙂

salam perjuangan dari saudara mu

salam perjuangan..

saya hanya sempat merasa pengalaman belajar bersama assoc. prof arsyadul islam jer sewaktu intro to hist dulu..

terima kasih atas perkongsiannya ^_^

salam…
rinduuunyeee pd semua lecturer2..rinduu nye pd uia…
akak ex-student hist n civ….prof kopanski,prof ghassan….dr.mesut idriz,huhuuu…rindunye para murabbi ku…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: