Cinta Kedamaian

Archive for the ‘Bacalah…’ Category

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini keadaan Negeri Perak Darul Ridzuan di:

PerakExpress.com

:: Semoga cintaku pada KEBENARAN dan KEADILAN tidak akan padam!

Advertisements

Alhamdulillah..dengan izin Allah, kita masih punya kesempatan untuk meraikan satu lagi hari yang mulia dalam agama ini iaitu Hari Raya Qurban atau disebut juga oleh masyarakat kita sebagai Hari Raya Haji. Justeru, saya ingin mengucapkan Salam Aidil Adha buat seluruh pembaca yang mulia. Maaf zahir batin.

Alhamdulillah, pada kesempatan ini juga saya ingin kongsikan satu lagi artikel daripada seorang sahabat yang saya kira wajar untuk saya paparkan di blog ini lantaran kandungan artikel beliau yang bermanfaat ini. Saya juga telah menyediakan link ke blog beliau (Izzat Anwari). Selamat membaca!

Haji Yang Terkorban

Oleh ‘Izzat Anwari bin Hasni

Apabila tiba bulan Dhū al-Ḥijjah (ذوالحجّة) setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia akan berusaha menyediakan wang untuk mengambil bahagian dalam ibadah korban yang dilakukan di tempat masing-masing. Malah, perayaan ini cukup meriah apabila sanak-saudara pulang ke kampung halaman masing-masing sambil bertanya khabar sesama sendiri sewaktu menjamu selera hidangan berasaskan daging di atas meja. Suasana ini bertambah meriah jika salah seorang saudara terdekat yang sedang menunaikan haji di Masjid al-Haram sambil memasang 3G pada telefon bimbit bagi tontonan saudaranya di Malaysia secara langsung.

Perayaan ‘Īdu al-’Aḍḥā (عيدالأضحى) yang sepatutnya disambut dengan penuh rasa keinsafan dan kesyukuran, kini diselubungi dengan keseronokan dan gelak tawa sanak-saudara. Ma‘na ibadah haji dalam diri setiap muslim kini terkorban akibat terputusnya al-Qur’ān dan al-Sunnah dalam dada-dada umat Islam secara halus.

Read the rest of this entry »

Source: http://www.islamtoday.com

By: Sheikh Salman al-Oadah

Calling to Allah was the essential duty of all the Prophets (peace be upon them). In the Qur’ân, Allah gives Prophet Muhammad (peace be upon him) the following command: “Say: This is my way; I call to Allah upon clear knowledge, I and those who follow me. Glory be to Allah! And I am not of those who engage in polytheism.” [Sûrah Yûsuf: 108]

The Prophet (peace be upon him) carried out this duty throughout his life. It was then taken up by his Companions and those who followed after them. The Muslims have been carrying this duty out ever since.

Calling people to Allah is an activity that is open to all Muslims. It is not restricted to any group of people. It is not some exclusive discipline that can only be practiced within a narrow conceptual framework. It is a general volunteer enterprise that can be carried out by all Muslims in all walks of life. They can call people to Allah in in the context of all their lawful pursuits.

Read the rest of this entry »

Cinta Di Rumah Hasan al-Banna

As-Syahid Hasan al-Banna, pengasas kepada gerakan al-Ikhwan al-Muslimun. Nama ini terus harum dan disebut-sebut di kalangan kawan dan lawan apatah  di kalangan manusia yang tegar cintanya pada agama ini. Beliau merupakan figur contoh untuk umat ini melihat bahawa agama ini masih mampu menghasilkan manusia-manusia hebat sepertinya.

Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T saya selesai menghabiskan bacaan dari sebuah buku tulisan Ustaz Muhammad Lili Nur Aulia. CINTA DI RUMAH HASAN AL-BANNA. Itu tajuk buku setebal 75 muka surat (edisi Bahasa Melayu) terbitan Alam Raya Enterprise.

Cinta di Rumah Hasan al-Banna menceritakan kepada pembaca tentang pengalaman manusia-manusia yang paling rapat dengan beliau. Pandangan anak-anak beliau, terutama Wafa, Saiful Islam dan Tsana yang sempat bersama-sama dengan beliau tatkala hayatnya.

Buku ini menampilkan kelainan tersendiri apabila membawa pembaca mengenali peribadi Hasan al-Banna dengan lebih dekat, dari rumahnya sendiri sebagai seorang ayah yang padat dengan tugas-tugas dakwah namun tidak melupakan tanggungjawabnya  terhadap keluarga.

Read the rest of this entry »

 

Para pembaca yang dikasihi,

Saya menjenguk blog sahabat-sahabat saya hari ini, pagi ini. Mahu melihat dan mengetahui khabar mereka melalui penulisan mereka di blog.  Rata-rata menyiarkan tentang Ramadhan.

Saya singgah ke sebuah blog yang sering mengikat hati saya agar sering mengunjunginya. Butiran tulisannya adalah nasihat. Agar kita menjadi HAMBA.

Di sini, saya ingin berkongsi sebuah artikel yang baik dari blog beliau.

Moga hati kita tergetar membacanya! Allahu Akbar!

 

solat

 

Edisi Ramadhan: Apa yang telah kamu buat?

Ramadhan, apakah yang telah kami lakukan kepada kamu?

Tadi saya menghadiri Solat Jumaat di Masjid Universiti. Dr Hawari dari Kuliah Usuluddin, seorang yang pakar dalam ilmu hadith bertugas memberikan khutbah hari ini.

“7 hari telah berlalu, seminggu telah berjalan. Wahai hamb Allah, apakah yang telah kamu buat dalam Ramadhan ini?”

Ternyata, khutbah minggu ini, khutbah pertama dalam Ramadhan, adalah khutbah mengajak semua untuk bermuhasabah. Dr Hawari dengan penuh perasaan melontarkan beberapa persoalan dan memberikan nasihat.

Hari ini, saya fikir, saya sekadar berkongsi dengan kalian, apa yang saya dengar daripadanya.

Sesungguhnya, hati saya tersentuh. Moga hati kalian juga begitu rasanya.

Seterusnya…

 

Salam Ramadhan.

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari kelapan kita berada dalam sebuah bulan yang mulia iaitu Ramadhan. Masih dalam Fasa pertama yang dirasakan cepat benar berlalu hari-harinya.

Semester ini, saya sengaja mencabar diri dengan mengambil bilangan subjek yang agak banyak dari kebiasaan. Kesempatan untuk berdepan dengan buku-buku bukan akademik adalah kesempatan yang ingin saya raih. Berdepan dengan bacaan-bacaan ilmiah yang berat  (buku-buku akademik khususnya) sesekali mengundang ‘ketegangan’ pada saya. Justeru, proses ‘mengecas bateri’ melalui bahan-bahan di luar lingkungan ini amat saya dambakan.

Status Wanita

Pembaca yang mulia,

Kedatangan Islam meninggikan kedudukan wanita  sesuai pada tempatnya. Islam memberi penghoramatan dan layanan yang baik kepada wanita.

Apabila kita menoleh sebentar pada zaman atau tamadun sebelum kedatangan Islam, kita mungkin akan terkejut dengan status wanita pada zaman tersebut. Namun Islam datang dengan memuliakan makhluk bernama wanita.

Marilah sebentar kita mengkaji status wanita sebelum kedatangan Islam.

Read the rest of this entry »

 

writing-with-pen

 

“Saya tiada idea untuk menulis…”

 “Bosan…”

 “Penulisan saya tak perfect…”

Pembaca yang dihormati,

Ungkapan-ungkapan di atas merupakan alasan-alasan yang kita dengar berkaitan masalah penulis dalam penulisan. Saya juga pernah mengalami situasi seperti di atas.

Apa kata hari ini kita lihat petua yang dikeluarkan oleh Prof. Dr. Hamka yang banyak menulis penulisan yang bermanfaat seperti Di Bawah Lindungan Kaabah,  juga tafsir al-Quran iaitu tafsir al-Azhar.

Petua ini saya ambil dari Buku Tip Menjadi Penulis Bestseller tulisan Zamri Mohamad.

  1. Jelas dengan tujuan menulis dan tetapkan pendirian bagi mencapainya.
  2. Apabila bercita-cita menjadi penulis, jangan tunggu dan berlengah. Mulakan menulis.
  3. Tanda-tanda penulis berputus asa adalah sikap mengelak daripada kegagalan dan kekecewaan. Tidak sanggup menangguhkan kepuasan hari ini bagi kemudahan hari esok. Sikap mengelak memberi tanda menjadi penulis bukan jalan hidupnya.
  4. Read the rest of this entry »

November 2017
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930