Cinta Kedamaian

Archive for the ‘Isu Ummah’ Category

 peta

 

Sabda Nabi S.A.W:

Perbandingan kaum Mukmin pada berkasih sayang, beremosi dan berbelas ihsan sesama mereka, adalah seperti satu batang tubuh. Apabila mangadu (sakit) mana-mana bahagian tubuh itu, nescaya akan terkesanlah ia kepada seluruh tubuh dengan berjaga malam tiada upaya tidur lagi demam.”

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

 

Pembaca yang mulia,

Saya tersentuh saat membaca petikan sebuah syair yang ditulis dalam sebuah buku,

 

“Bukan al-Qur’an untuk Islam

Bukan dunia untuk Islam

Tapi al-Qur’an dan Islam untuk dunia

Islam merindukan perdamaian dan kebahagiaan sejati

Bersama dengan yang lain.”

 

Menyoroti Sejarah Umat Ini Dengan Kemuliaan Yang Diajarkan Islam

Khalifah Islam terbilang, Umar al-Faruq yang memerintah dua per tiga dunia ketika zaman pemerintahannya sebagai khalifah kedua setelah Abu Bakr as-Shiddiq merealisasikan kata-katanya,”

“Kalau rakyatku kelaparan, aku ingin menjadi orang yang pertama yang merasakannya. Kalau rakyatku kekenyangan, aku ingin menjdi orang terakhir menikmatinya.”

Manakala tatkala berlakunya ketidakadilan terutama dalam sistem pentadbiran dan sistem kewangan pada dekad-dekad akhir pemerintahan Kerajaan Umayyah, seorang pemimpin bernama Umar Abdul Aziz, pemimpin yang sangat taat kepada ajaran agama ini tegas menyatakan,

“Allah menghantar RasulNya sebagai petunjuk bukan sebagai pemungut cukai!”.

Dan beliau mengubah polisi yang menzalimi rakyat ketika itu dengan kembali menegakkan kebenaran dan keadilan bersandar pada al-Quran dan Sunnah.

Saat seorang pahlawan Islam berstatus sultan iaitu Sultan Salahuddin al-Ayyubi membuka kota Jerussalem pada 1187, beliau diceritakan oleh Karen Amstrong dalam bukunya Holy War:

Tak ada satu orang Kristian pun yang dibunuh dan tidak ada perampasan. Salahuddin bahkan menangis tersedu-sedu kerana mengenangkan keluarga-keluarga yang hancur dan binasa akibat perang. Saudara lelakinya, Al-Malik Al-Adil bin Ayyub, juga sedih melihat penderitaan para tawanan sehingga dia meminta Salahuddin untuk membawa seribu orang di antara mereka dan membebaskannya saat itu juga. Beberapa pemimpin Muslim sempat tersinggung karena orang-orang Kristian yang kaya melarikan diri dengan membawa harta benda, yang sebenarnya mampu digunakan untuk menebus semua tawanan. Salahuddin meminta agar semua orang Nasrani Latin (Katholik) meninggalkan Baitul Maqdis. Sementara kalangan Nasrani Ortodoks yang bukan sebahagian dari Tentera Salib tetap dibiarkan tinggal dan beribadah di kawasan itu.”

 

Read the rest of this entry »

Advertisements

 

muslim

 

Wahai Dunia! Islam Bukan Agama Pengganas

Disiarkan pada Aug 12, 2007 di drmaza.com

Sejak dahulu Islam menyebarkan keadilan dan kesaksamaan di kalangan manusia. Lihat sahaja, begitu ramai golongan minoriti bukan Islam dapat hidup di tengah- tengah masyarakat Islam di serata dunia. Lihat di negara kita, Mesir, Jordan, Indonesia dan negara-negara lain. Walaupun barangkali ada beberapa kekurangan tertentu, namun mereka tidak diseksa atau ditumpahkan darah secara kejam.

HAMPIR setiap minggu saya menerima kunjungan dari berbagai-bagai pihak yang ‘berjenama’ hebat dari serata pelosok dan sebahagian mereka itu bukan muslim. Sebahagian mereka pembaca setia tulisan saya. Mereka bertanya pendapat saya dalam berbagai-bagai isu. Antara yang menjadi fokus mereka yang bukan muslim adalah isu keganasan atau terrorisme.

Hasil didikan media antarabangsa, mereka seakan melihat ada kaitan rapat antara Islam dan keganasan. Mereka bertanya mengapakah Islam memperuntukkan bab yang dinamakan jihad yang akhirnya menimbulkan suasana keganasan di dunia ini?

Saya bertanya kepada mereka; sejak bila anda rasa isu keganasan ini dikaitkan dengan Islam? Mereka menjawab; sejak beberapa tahun yang akhir ini, khusus setelah peristiwa 11 September. Saya bertanya mereka; Nabi Muhammad s.a.w. dibangkitkan sejak 1,400 yang lepas dan ajaran baginda tersebar hampir ke seluruh alam serta pernah membina tamadun yang amat agung. Mengapakah hari ini baru anda mendengar tentang keganasan dan Islam?

Kemudian, apa takrif keganasan pada sisi anda sehingga media menyatakan rakyat Palestin pengganas, sedangkan Israel yang membunuh wanita dan kanak-kanak mereka saban hari tidak dilabel pengganas?

Atas kaedah apakah anda menyatakan rakyat Iraq yang membunuh tentera Amerika itu pengganas, sedangkan Amerika yang mengebom dan menceroboh negara mereka, merogol dan membunuh kaum keluarga mereka tidak disenaraikan dalam kandang pengganas?

Atas pentakrifan apakah tindakan menawan tebusan yang dilakukan oleh beberapa gerombolan orang Islam dianggap jenayah tidak berperikemanusiaan, sementara tindakan Amerika menahan begitu ramai orang Islam tanpa bukti tidak diuar-uarkan sebagai keganasan kejam?

Jika dihitung jumlah orang Barat yang terkorban disebabkan keganasan puak yang menamakan diri sebagai muslim dibandingkan jumlah umat Islam yang dibunuh oleh senjata-senjata canggih Amerika dan sekutunya; manakah yang lebih ramai?

Atas dasar apakah anda memberi imej Islam pengganas kerana tindakan beberapa kumpulan yang dikaitkan dengan Islam, tetapi anda tidak melihat imej agama Kristian atau Yahudi sebagai pengganas sedangkan tindakan mereka dilakukan oleh penganut agama-agama tersebut yang bersifat kerajaan dan pemerintahan yang diiktiraf oleh mereka?

Akhirnya saya katakan; sebenarnya, tiada siapa pun yang bersetuju dengan keganasan, cumanya media Barat dalam banyak hal bersikap berat sebelah menakrifkan keganasan dan siapakah pengganas?

Sejak dahulu Islam menyebarkan keadilan dan kesaksamaan di kalangan manusia. Lihat sahaja, begitu ramai golongan minoriti bukan Islam dapat hidup di tengah- tengah masyarakat Islam di serata dunia. Lihat di negara kita, Mesir, Jordan, Indonesia dan negara-negara lain. Walaupun barangkali ada beberapa kekurangan tertentu, namun mereka tidak diseksa atau ditumpahkan darah secara kejam.

Namun keadaan sebaliknya tidak berlaku terhadap minoriti umat Islam di kebanyakan negara. Lihat nasib umat Islam di Bosnia, Burma, Rusia dan beberapa negara lain. Bahkan dalam masyarakat Melayu, orang bukan Islam boleh berniaga dan maju di tengah-tengah kampung Melayu Muslim, namun sukar ditemui keadaan sebaliknya.

Read the rest of this entry »

Alhamdulillah, minggu ini merupakan minggu kedua pengajian dalam semester ini (Sem II, 08/09) di UIAM yang bermula pada 22 Disember 2008. Masih tidak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan Salam Maal Hijrah 1430H kepada  anda semua. Semoga tahun ini memberi dan menjanjikan yang terbaik buat kita.

Setelah beberapa ketika ‘membiarkan’ blog ini,  alhamdulillah, kali ini saya kembali mengisinya. Pada yang datang menziarahi, terima kasih atas kesudian menjengah blog ini.

Gaza Under Fire

“We bear witness that there is no God but Allah, and we bear witness that Muhammad is the Messenger of Allah.” This is what we saw and heard on TV screens by a Palestinian policeman lying on the ground between tens of dead policeman in Gaza just minutes before he gave his last breaths.

On Saturday, December 27, 2008, a massive  wave of Zionist air strikes againts the sealed of Gaza Strip claimed the lives of at least 220 people  and injured several hundred innocent Palestinians. The Zionist onslaught continues unabated over the already starving, tired and wounded people. Many commentators  and reporters affirm that this is the worst massacre Gaza has been subjected to since so-called Israel occupied it in 1967. Meanwhile, none of the formal parties whether they are international, Arab or Islamic have done anything yet to stop the continuing genocide.

In the latest attacks, Zionist aircrafts bombed the Islamic university, all the Strip municipalities, formal offices, cultural and charitable societies, 5 mosques, al-Shifa hospital, fisher ports and goverment buildings in Gaza Strip. Dozens of tunnels between southern Gaza and Egypt providing a lifeline to residents who are starved of basic supplies due to an 18-month-long Israeli and Egyptian blockade have been completely destroyed.

Zionist forces have been massing on the border of Gaza Strip growing fears that the offensive could escalate as warplanes, helicopter gunships and military boats continue to pound the territory. Tolls pass 400 people killed and 2000 injured. More than 1000 raids till this moment. Gaza totally-flat Strip whose area is 22 times smaller than Selangor (Gaza=365km2, Selangor=7956km2) has turned to mass grave. The scene  of people screaming in grief while taking their family members to burial is repeated over and over. Amid the deep silence and apathy of all formal Arab, Islamic and International regimes, everyone of us has something to say, offer and do for his/her brothers and sisters who are under attack. Everyone should have an answer for a Gazan who questioned, “I need to know what happened to Muslims, where are they? Anyone tells me.”  

Apa yang anda baca ini adalah  antara isi kandungan yang terdapat dalam risalah  Al-Aqsa Friends’ Society (sebuah persatuan pelajar di UIAM). Saya sempat menekuninya saat menunggu kehadiran pensyarah hadir ke kelas, Dr Abdul Rahman Tang Abdullah yang mengajar subjek History of the United States yang saya ambil semester ini.

Palestin, sepatutnya menjadi sesuatu yang dekat dengan kita, umat Islam. Namun, berapa ramai yang tahu, mahu ambil tahu tentang isu ummah yang satu ini. Bahkan, mungkin ada yang ‘enggan’ untuk menyoroti isu ini dan sekadar berperasaan ‘biasa-biasa’ sahaja. Owh!

world_map

Di mana Palestin dalam peta dunia? Jika anda menelitinya, yang ada adalah perkataan Israel!

palestine_map

Sila lawati:

PalestinKini

Palestin dan Orientalisma

Pengganas Yahudi Menyerang Dunia

World in Picture


September 2017
M T W T F S S
« Jan    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930