Cinta Kedamaian

Archive for the ‘Negaraku’ Category

Sumber: www.saifulislam.com

Pengajian Islam Sudah Tidak Relevan?

Tiada siapa menafikan.

Ilmu agama pada hari ini sangat mudah diperolehi. Segalanya berada di hujung jari.

Tidak perlu lagi bermusafir ribuan batu untuk menyemak status riwayat yang diperolehi, kesusahan itu sudah banyak dihilangkan oleh kemudahan-kemudahan yang terhasil dari kecerdikan manusia berfikir dan bekerja. Terima kasih kepada segala kemudahan ini. Bermula daripada bekalan elektrik, alat elektrik, surat elektronik dan semua yang terangkum di dalam slogan efektif, efisyen, pantas, tepat dan jelas berpiksel tinggi.

Dalam segala kemudahan ini, sepatutnya banyak masalah umat berjaya diselesaikan.

Namun tiada siapa yang dapat menafikan, baik oleh pertimbangan akal, mahu pun oleh emosi yang merasa, kehidupan hari ini lebih meresahkan.

Suatu ketika, kita pernah diperingatkan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

 

Daripada Abu Hurairah Abd al-Rahman ibn Sakhar radhiyallaahu ‘anhu, beliau berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda, “Apa yang aku larang kamu daripadanya, hendaklah engkau jauhkan diri daripadanya. Apa yang aku perintahkan kamu terhadapnya, maka hendaklah kamu lakukan ia dengan sepenuh kemampuan kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu, mereka menjadi binasa disebabkan oleh banyak persoalan mereka, serta khilaf  perselisihan terhadap Nabi-nabi mereka” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Bagaimanakah lambakan persoalan boleh mengundang binasa?

KLIK untuk bacaan penuh.

 

 

24479403444791l

Assuming the Best about Allah

Published on http: //www.islamtoday.com

Jâbir b. `Abd Allah al-Ansârî relates that he heard Allah’s Messenger (peace be upon him) said three days before his death: “None of you should ever die except while assuming the best about Allah.” [Sahîh Muslim (5125)]

It is wrong for any Muslim to think ill of Allah. A Muslim should always assume the best about his Lord. As long as the Muslim is striving to engage in good deeds, he should expect the best outcome: that Allah will accept his good deeds; that Allah from His grace will forgive him; and that Allah will bless him to live out his life, until its conclusion, upon faith. This is why the Prophet (peace be upon him) say: “None of you should ever die except while assuming the best about Allah.” [Sahîh Muslim (5125)]

Read the rest of this entry »

 Sajak: Melayu

Oleh: Allahyarham Dato’  Dr. Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mualaf bertakrif Melayu
(…)

Read the rest of this entry »

Atas sebab yang tidak dapat dipastikan, pihak Mingguan Malaysia tidak menyiarkan artikel Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada minggu ini yang bertajuk: Orang Politik! Berbaloikah Ini Semua.

Artikel ini sebenarnya mustahak dibaca terutama menjelang pemilihan dalam perhimpunan agong UMNO kali ini. Dinasihati para pemimpin UMNO dan perwakilan membaca artikel ini sebelum meneruskan perjuangan atau membuat pemilihan mereka.

Pihak DRMAZA.COM amat berdukacita kerana artikel ini tidak dapat dibaca melalui Mingguan Malaysia, maka dengan itu mereka yang melayari internet tidak memperolehinya. Pohon jasa baik pembaca mengedarkan artikel tersebut.

Orang Politik! Berbaloikah Ini Semua

Disiarkan pada Mar 22, 2009 dalam kategori Politik |

Malas rasanya hendak mengulas keserabutan politik negara kita. Saya yang berada jauh di cerok Lampeter, Wales ini pun terasa betapa serabutnya kerenah politik dalam negara. Kadang-kala rasa letih perasaan hendak membaca berita-berita negara kebelakangan ini. Semuanya tentang kekeliruan politik.

Jika ada berita yang menyejuk jiwa seperti kisah kejayaan adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal yang berjaya dalam pelajarannya sekalipun dari keluarga miskin, tidak pula menjadi isu hangat untuk diperkatakan oleh masyarakat kita. Mungkin sekadar laporan media untuk sehari dua. Tidak enak barangkali untuk dihidang bersama rakan sebagai jamuan telinga seperti mana sedapnya mendengar cerita kekalutan politik.

Padahal pendidikan dan ilmu diperlukan secara langsung oleh setiap insan, sedangkan politik rakus dan ‘gila kuasa’ hanya untuk mereka yang dimabukkan oleh syaitan. Sehingga saya baca daripada satu sumber berita kononnya dijumpai ‘barangan bomoh’ yang diletakkan di bawah meja Perdana Menteri. Pelik bunyinya kisah-kisah politik kebelakangan ini. Apa yang patutnya rahsia, dikongsi semua. Ada yang patut dikongsi semua, menjadi rahsia.

Maka tertanya sekelian rakyat: “tangan-tangan siapakah gerangan?”. Read the rest of this entry »

Semalam, saya agak sibuk  membaca, mencari, meneliti tentang apa yang berlaku dalam negara. Hampir keseluruhan blog teman-teman yang saya ziarahi menyentuh tentang isu yang sama. Apalagi kalau bukan HARGA MINYAK!!.

Di sini saya link kan kepada anda artikel Ust Hasrizal berhubung isu ini melalui entri terbarunya, KENANGAN LUAR BIASA untuk kita fikir dan mengambil tindakan yang sewajarnya sesudah itu.

Baca lagi dari link-link lain, di samping media-media yang sedia ada. Anda mungkin melihat isu ini dari sudut yang berbeza dan pelbagai.

Petrol Naik 78 Sen, Diesel Naik RM1… Saya Terkesima!

Kenaikan harga petrol-diesel, apa yang boleh kita pelajari? 

GAMIS Sasar 5,000 Mahasiswa Banjiri Kuala Lumpur 12 Julai 2008


March 2017
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031