Cinta Kedamaian

Archive for the ‘Puisi-puisiku’ Category

 teguh iman

 

Ilahi,

Jangan Engkau tinggalkan aku

Pada ketakutan dan kemiskinan

Pada mewahnya limpahan rezekiMu yang bertaburan

Pada resah jiwa yang membebankan

Namun, peliharalah aku agar selalu dalam rasa

Ketenangan, rahmat dan kasihMu Tuhan

 

Ilahi,

Jangan Engkau tinggal aku

Pada manusia yang cintanya berlebihan

Pada dunia dan seisinya yang penuh keni’matan

Pada harta dan warisan

Yang membuat jiwa-jiwa insan bermegah-megahan

Hingga lupa padaMu untuk hidup berTuhan

 

Justeru Ilahi,

Dalam menggapai  keredhaan

Ku mohon agar Kau letakkan

Dunia  dalam genggaman

Bukan di hati ku yang sekadar seorang insan!

 

“ Ya Hayyu, Ya Qoyyum,

Hanya kepada rahmatMu aku memohon keselamatan. Perbaikilah seluruh urusanku, janganlah  Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walau sekejap matapun.”  Ameen.

 

Mahallah Asma’

25 Julai 09 bersamaan 3 Sya’ban 1430H

Advertisements

Bangunlah…
Koreksi, insafi diri
Terus mencari, kenali peribadi
menyelam jauh ke dasar hati
dengan jiwa bersih, suci nurani
mudahkan laluan perubahan diri.

Bangunlah…
Usah keliru
Dengan segala cita-cita
dan cinta yang ingin diburu.

Bangunlah…
Dengan jiwa sedar
Lantas berjiwa besar
Agar jalanmu menujuNya
Lurus, tidak tersasar.

Bangunlah…
Bentangkan jalan
Atur langkah untuk dipandu
Hindari gusar, jauhi ragu
Yakini diri apabila benar dan jelas halatuju.

Bangunlah…
Terus melangkah
Mengasah, mengasak potensi diri
Dengan iman dan ilmu
Memandu hati, fikiran dan perilaku.

Bangun dan teruslah melangkah
Kerana yang baik dan mulia itu fitrah
Dan
Hakikatnya, fitrah itu indah!

Usai Kem Bina Insan
7-8 Mac 2009
Desa Selesa Resort,
Tanjung Malim.

Special thanks to :

Ustaz Farhan (ITQAN Training & Consultant), Kak Ainun, Kak Zatil, Hawwa dan rakan-rakan Darul Quran. 🙂


November 2017
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930