Cinta Kedamaian

Archive for the ‘Ramadhan1429H’ Category

Saya mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh kenalan yang sudi mengunjungi blog yang masih banyak kekurangan ini. Mohon maaf zahir batin. Semoga ukhwah kita terus berpanjangan. Eid Mubarak! Semoga Allah mempertemukan kita pada Ramadhan 1430H, insyaAllah. 

Salam persaudaraan dari :

Sulastriratna Hardyakman

Tahun 2, Sejarah dan Tamadun, UIAM

…apa khabar saudara seislamku di bumi Iraq, Palestin, Chechnya, Afghanistan, Selatan Thai, Filipina Selatan, dan bumi umat Islam yang masih bergolak dalam mempertahankan agama….MALAYSIA( mangsa keKEJAMan ISA!!!)??? apakah kita peduli…?

Advertisements

SurgaMu-UNGU

Segala yang ada dalam hidupku

Kusadari semua milikMu

Kuhanya hambaMu yang berlumur dosa

 

Tunjukkan aku jalan lurusMu

Untuk menggapai surgaMu

Terangiku dalam setiap langkah hidupku

 

Karena kutahu

Hanya Kau

Tuhanku…

 

Allahu Akbar

Allah Maha Besar

KumemujaMu di setiap waktu

Hanyalah padaMu tempat kuberteduh

Memohon ridho dan ampunanMu

 

Tunjukkan aku jalan lurusMu

Untuk menggapai surgaMu

Terangiku dalam setiap langkah hidupku

 

Karena kutahu

Hanya Kau

Tuhanku…

 

Allahu Akbar

Allah Maha Besar

KumemujaMu di setiap waktu

Hanyalah padaMu tempat kuberteduh

Memohon ridho dan ampunanMu…

 

Teruskan pembacaan anda di: Jalan Pulang ke Pangkuan Tuhan Terlalu Luas

 

“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat

kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang

mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah – dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan

buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

 Orang- orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan

syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang

 demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal”

Ali-‘imran:135-136

 

Pukul Berapa Buka?

Pada suatu malam, telefon di rumah seorang kakitangan perpustakaan berdering. “Pukul berapa perpustakaan dibuka?” tanya seorang pemuda. “Pukul sembilan pagi encik. Apa hal yang begitu penting hingga encik menelefon saya tengah malam buta ni?” tanya kakitangan perpustakaan tadi.

“Tidak boleh buka awal lagi?” pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa. “Tidak, tidak dibuka sebelum pukul sembilan,” kakitangan perpustakaan itu menjawab dengan nada yang agak tinggi. “Penting sangatkah hingga encik tidak dapat tunggu pukul sembilan pagi untuk masuk?”

Lantas pemuda tersebut menjawab, “Siapa kata saya hendak masuk? Saya hendak keluar!”

 

Keputusan

  1. Dalam keadaan terdesak, kita lebih menghargai masa.
  2. Kadang-kadang apabila tersalah dalam melakukan sesuatu aktiviti, ia merugikan banyak masa kita. Kemungkinan pemuda itu tidur di dalam perpustakaan.

Dipetik dari buku PDA untuk Mengurus Masa oleh Ahmad Fadzli Yusof & A.Razak A.Mutalib (mukasurat 6-Kajian Kes)

 

 .:teringat kisah seorang teman (yang cintakan ilmu) tertidur di perpustakaan sehingga terpaksa menunggu keesokan harinya seperti kes di atas. Alhamdulillah, kini beliau sedang meneruskan pengajian di peringkat master di UIAM sekarang. 🙂

 

Semoga peluang memasuki universiti Ramadhan kali ini mampu menjadikan kita lebih menghargai masa dan berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi…

Perlukah persiapan dalam berhadapan bulan yang mulia ini?

jika jawapan anda >> YA…teruskan kepada soalan -soalan di bawah 🙂

 

Target (baca: visi) ?

Ilmu (pengetahuan tentang PUASA, persepsi yang tepat) ?

Persediaan dari sudut mental, fizikal ?

Self-evaluation ?

lain-lain…?

“Manusia yang cemerlang itu adalah manusia yang hari ini adalah lebih baik dari semalam…justeru,

rancang  dan berusahalah!”


November 2017
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930