Cinta Kedamaian

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

eid mubarak

Pembaca yang mulia,

Eid Mubarak…1430 H

Taqabbalallahu minna waminkum ( Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan kalian semua).

Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon ribuan kemaafaan atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah saya lakukan. Semoga Allah memaafkan dan merahmati kita semua. Amiin.

Sulastriratna,

Baiti Jannati.

Advertisements

marble

 

Kenapa BERSATU di Perak? Sebenarnya saya sengaja meletakkan tajuk tersebut untuk tarik pembaca untuk meneruskan pembacaan anda. Tajuk di atas adalah selingan dalam entry ini.

So, jom baca lagi…

Alhamdulillah…walaupun agak sibuk (sibuk ke pun? 🙂 ) dengan persediaan 3 mid-term paper , dan assignment, alhamdulillah masih punya kesempatan bertemu dengan sahabat-sahabat jauh yang sudi datang bertandang, ziarah untuk menebar ukhwah, berfikir, berkongsi (betapa sharing is caring..herm!), merancang dan bersatu untuk Islam insyaAllah. Untuk kalian, jazakumullahu khairan jaza’.

Pada awal minggu lepas, saya benar-benar hampir terlepas satu program bersama pimpinan Tanzim Mahasiswa Perak. Alhamdulillah, pertemuan dengan Fadhilah Noor, reminder dari Paji, dan Presiden tanzim membuat saya segera  bergegas ke tempat program selepas berkesempatan berbuka puasa bersama adik-adik Intis yang ceria  di UIA. Alhamdulillah, pertemuan bersama-sama wakil pimpinan dari UM dan lain-lain kampus memberi satu suntikan baru, kembali menjernihkan hati. Pertemuan dalam madrasah Ramadhan yang saya kira berjaya membuat saya “sedar diri”(meminjam kata-kata seorang teman) selain turut berkongsi rasa dan maklumat tentang situasi negeri Perak sekarang termasuk adanya Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU).

Saya pulang ke kolej kediaman dan sempat ditegur oleh Kak Zatil, “Tak pergi ke?” “Ke mana kak?” lebih kurang begitulah dialog kami. Saya terlupa program bersama alumni malam yang sama selepas tarawih..arghh. Inilah kesannya kalau tak nak ambil masa sekejap untuk catat perkara-perkara penting. Saya bertemankan Kak Zatil tiba di program alumni lebih kurang jam 10.30mlm. Seingat saya, saya cuma mengetahui tentang iPRISMA setelah membaca entry-entry dari weblog Ust. Ridha dan Ust Mukhtar (Wah, pasti gembira dengan cahaya mata pertama!) walaupun turut dijemput ke program di Port Dickson yang tidak saya hadiri. Buat sahabat-sahabatku! Pasti kalian tak sabar untuk attend program bersama alumni bulan Oktober ni rite?! :).

Alhamdulillah, pada hari Sabtu pula, kunjungan ziarah sahabat-sahabat Rakan Masjid dari UTP dengan rombongan lebih dari lima buah kereta hadir membuatkan hati saya merasa indahnya persaudaraan dalam Islam. Pada asalnya, saya sudah menyatakan pada Hasna tidak dapat hadir kerana kelas dan mahu menyelesaikan beberapa perkara tertangguh. Dan…alhamdulillah, akhirnya sempat juga bertemu sahabat-sahabat UTP walaupun sekejap. Saya gembira. Thanks to Hasna and Hafiz dan lain-lain yang menjayakan pertemuan ini.

Alhamdulillah, semalam (Ahad) saya sempat menghadiri Creative Da’wah Workshop anjuran Ma’ruf Club yang selesai lebih kurang jam 5.30 petang. Presiden Ma’ruf Club ada manulis entry tentang workshop tersebut di blognya: abumunzir.blogspot.com Jom baca!

Alhamdulillah, malam semalam sempat berdiskusi dengan seorang sahabat tentang pentingnya Institusi Kekeluargaan dalam Islam. Sayangnya, diskusi tak sempat habis dalam tempoh waktu singkat. Mungkin lain kali boleh diperpanjangkan insyaAllah. Apa khabar sahabatku? 🙂

 

Dan segalanya yang anda baca melalui entry ini adalah sebahagian program atau perkara-perkara penting sepanjang minggu lepas. Alhamdulillah, semoga masa yang Allah kurniakan dapat kita manfaatkan sehabis baik dalam perkara-perkara kebaikan.

Betapa…

” Demi Masa. Sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.”

Al-‘Asr: 1-3

 

Isnin
Hadith Hukum (Subulussalam)
Ustaz Habiburrahman Ibramsa
Masa: Selepas Maghrib
Lokasi: Masjid UIAM

 

Rabu
Hadith (Hadith 40)
Ustazah Ili Dalila
Masa: Selepas Asar
Lokasi: ADM LR 9 (tingkat 3)
-Perempuan Sahaja-
Contact: Nurhafizah 0132229586

 

Rabu
Tafsir Ibn Kathir
Ustaz Fadhil Bin Kamaruddin
Masa:9.30 malam
Lokasi: ADM LT4 (tingkat 3)
-Lelaki dan Perempuan-
Contact: Masri 0132506391

Prophet s.a.w said:

“Indeed amazing are the affairs of a believer! They are all for his benefit. If he is granted ease of living he is thankful; and this is best for him. And if he is afflicted with a hardship, he perseveres; and this is best for him.” (Muslim)

 


September 2017
M T W T F S S
« Jan    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930